Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 7, 2012

07.12.12 = 3 Months...Nur Airis Safiya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Hari ni genap 3 bulan usia adik Aimy...tp saya belum kenalkannya lg dlm blog yg dh hmpir trkubur ni... Dah rasa nk pencen jd blogger... tu yg x aktif...  cuma sesekali saya akan masukkan juga gmbr & cerita perihal anak2 saya utk tatapan mereka bila besar nti...

oklah...sedikit intro perihal adik aimy...

  • Nama: Nur Airis Safiya bt Addrie Mohd Izam
  • Tarikh Lahir: 07.09.2012 / 20 Syawal 1433H (Hari Jumaat)
  • Tempat Lahir: Gombak Medical Centre, Taman Sri Gombak
  • Waktu lahir: 8.50 a.m
  •  Berat Lahir: 3.35kg 
  • Cara lahir: Normal tanpa bantuan epidural & vacum

Adik Airis - Day 1st - beberapa jam lepas lahir...  (gambar trbaru? tgu saya cari cable nk dload dulu...  hilang x tau kemana) hehe

 Pagi td tgk dh mengiring...hampir2 nk meniarap...


Sedikit perihal kakak Aimy

  • 9.11.2012 yang lepas dah genap 4 tahun
  • Belum sekolah cuma pergi playgroup "Alim kids" setiap hari sabtu selama 1 jam. 
  • Tahun depan masuk tadika 5 Tahun dkt Smart Reader Kids...cuma 2 minit je dari rumah
  • Lepas Barney, Dora, Hi-5 & kartun2 dalam astro disney skrg sgt taksub dgn barbie & princess 
  • Sangat syg dgn adik Airis...sampai takut org amik adik dia (padahal bukan dia jaga adik sgt pun... asyik sibuk dgn cerita2 kartun dia je) 


Kakak Aimy yg dah tak sabar nk pegi sekolah...  Ni masa register & test size baju...


Utk Aimy & Airis: (baca & fahamkan bila besar nti yer)

Dua2 nyawa & jantung hati mama & abah...  Mama & Abah syg kalian berdua hingga ke syurga...  Jadilah anak2 yg solehah... Sayang menyayangilah antara satu sama lain... Jgn ada pertelingkahan antara kalian berdua... Sbb kalian berdua dtgnya dari benih & keluar dari rahim yang sama... Semoga Allah SWT merahmati, memelihara & melindungi hidup kalian berdua...  Semoga Memperolehi kejayaan hidup di dunia & akhirat.  Amin



Cukuplah sebagai pengubat rindu...rindu ker? hehe... (perasan)  Jumpa lagi mgu dpn or bulan dpn or tahun dpn...hehe...  adios...

Assalamualaikum...



Friday, July 20, 2012

20.07.07 - 20.07.12 - 5th Anniversary


Alhamdulillah... hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan kami...  Jatuh pada hari yg sama (hari jumaat) dgn hari kami nikah 5 tahun lepas... Sambutan akan disambut esok dgn jamuan berbuka puasa di rumah sebagai tanda kesyukuran...cuma jemput family terdekat sahaja...Maklumlah saya dh masuk 32 mgu (8 bln) nk jemput ramai2...dh x mampu nk melayan... Semoga Allah S.W.T terus panjangkan usia perkahwinan kami, bahagia hingga ke akhir hayat... Amin...

Dikesempatan ini juga, saya & family ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak & Selamat berpuasa pd seseiapa yg membaca blog ini... Mohon ampun & maaf atas segala kekhilafan...  Semoga ibadah puasa kita tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.  Amin.

Friday, June 8, 2012

Lamanya tak Update......

Ada ke yg rindu?....hehe...mcmlah ada org kisah dgn blog yg tak seberapa ni...

Sbb lama sgt tak menulis...nak mulakan ayat pun x tau mcm mana... emmm... sebenarnya saya ada benda gembira nk dikongsi bersama... Alhamdulillah... saya sekarang dh mengandung 26 minggu... Rezeki yg ditunggu2 setelah lebih setahun kami merancang utk dptkan adik utk Aimy...Jangkaan bersalin 12.09.2012...Harap2 sempatlah beraya dulu... nk mkn rendang & kuih raya puas2...pastu baby nk keluar pun xpelah... :)

Alhamdulillah... pregnant kali ni, takde sgt alahan2 yg teruk...semua ok aje...kecuali tak blh bau hanyir ikan ms awal2 kandungan sampai 5 bln... klu bau, automatik...nk muntah ms tu jugak... selain tu mungkin kemalasan utk update blog adalah satu simptom mengandung jugak kot...hehe...Makan pula  lebih kepada ayam & daging... ikan kurang sikit...  skrg ni baru leh mkn ikan blk...

Saya mula tau saya mengandung pd usia kandungan memasuki 6 minggu... lepas 2 mgu, cik 'P' tak dtg melawat baru sy buat buat test tu kt rmh... bila tgk ada double line...menggigil2 tgn sy pegang pregnancy test tu... yelah, sebelum2 ni test x pernah ada pun... Esok tu terus pergi check kt klinik utk pengesahan... Alhamdulillah betul2 ada... :)

Sejak nk ada adik ni, Aimy makin menjadi2 perangai dia... kdg2 stress jugak...Makin kuat temper pulak saya jadinya....harap2 baby dlm kandungan x ikut perangai mama masa mengandung ni ye... Aimy pulak, dh x sbr nk tgu baby keluar...  slu tnya "baby dh nk keluar dh"?... Slu kiss & keletek2 baby kt perut mama...klu mandi sama2 nk sabunkan baby...hehe...  skrg sikit2 dh bahasakan diri kakak...  Lama mama x update cte & gmbr Aimy dlm blog ni kan...  ntilah, mama cuba rajinkan diri blk utk update perkembagan Aimy k...

Emmm....cukuplah smpai cni dulu permulaan cerita ttg kewujudan seorang  lagi permata yg bakal menjadi penyeri dalam rumahtangga kami...  Harap semuanya dipermudahkan & selamat sehingga saya melahirkannya...  Amin... 


Gender???...emmm rahsia dulu...mungkin sy akan update dlm next entry...  :)

* T.kasih pada yg sudi menjenguk & membaca...  mohon doa kwn2 juga... 




Friday, February 24, 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam


Credit to blog: http://www.myilham.com/blog/page/2/

Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

Friday, January 6, 2012

1st entry di tahun 2012

Hari ni dah 6 Jan... Sempat lagi kan klu nk wish Slmt Tahun Baru 2012 utk semua pembaca blog ni... Mula2 ingt, 1st entry nk buat entry pasal my birthday yg ke 35 yg jatuh pd 01.01.2012 yg lepas... tp dh seminggu, mcm dh basi... so kita update cte pasal Aimy lah yer...

Xde nk cete apa sgt... nk cete pasal masuk sekolah...Aimy blum masuk sekolah lagi...sbb mama lambat daftar...sekolah dh penuh...so kena tgu 2nd intake... dlm bln 4 atau bln 5 nti... (mcm student U pulak kan...ada 2nd intake)... oklah klu masuk sekolah tgh tahun sbb dia dh besar sikit... ni br je masuk 3 thun... mcm kecik lg la pulak... sbb dia x biasa berdikari & bergaul dgn org... mak tok yg jaga...so agak manja sikit...

Ni nk update sikit cte pasal potty training...mmg tak sangka...sejak mula potty training hampir sebulan lepas...belum sekali pun Aimy kencing atas tilam... mula2 dulu pakaikan jugak diaper masa dia tido...tp bila bangun, kering je... lepas tu terus tak pakai kan lg... klu mama terjaga mlm2 pkl 3 atau 4 pagi...mama akan kejutkan Aimy bangun utk pee pee... klu tak terjaga, sampai bangun tido lah br dia buang... Klu berjalan pun x pernah pakai diaper sbb klu pakai pun dia tak kan buang dlm tu... mcm mana pun kena cari toilet jgk... Maka tahun 2012 akan jadi tahun melawat toiletlah utk aimy & mama. :)


good girl

Good Girl & mama @ Secret Recipe mlm thun baru... Thanks abah belanja mama utk birthday & tks jugak utk wonderful birthday present tu... love u :)



p/s: Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke usia 35... Semoga Allah SWT berkati usia saya hingga ke akhir hayat... Dikuatkan imam...Dijauhkan dari perkara yg melalaikan dr menunaikan tututanNya...Dipanjangkan lg usia agar terus menjadi isteri buat suamiku & ibu buat anakku... Di murahkan rezeki & Diberi kesihatan yg baik selagi hayat dikandung badan.....Amin.

Wednesday, December 28, 2011

Baru 3 Tahun, Tapi dah ada 6 biji kek

Memandangkan birthday Aimy jatuh pada tarikh yg sama dgn nenek. Maka kenalah ada 2 kali sambutan. 1 dkt KL & 1 dkt kg... Cuma tahun ni jer Aimy tak dpt potong kek dgn nenek sbb plan asal nk blk kg masa raya haji, blhlah potong kek sama2 masa tu...tapi last minit tak jadi blk sbb abah kena kerja. Jadi sambutan hanya dkt KL jelah.

Jom kita tgk kek2 Aimy.


2009

Her first birthday cake. Masa ni baru start femes cup cake...so tak nak ketinggalan zaman... orderlah cup cake... Ni sambutan di Kemaman.



Mmg berkenan nk buat kek No 1 utk sambutan di KL. Order dkt kedai kek kecik2 kt area rmh jer

2010

Kebetulan masa ni nenek ada kt KL... so potong kek dgn nenek dkt rmh tepat pd tarikh birthday

Kek Sponge bob ni mama beli kt kedai kek lepas blk kerja...xde tempah2 pun...amik mana yg ada je... Mlm tu celebrate dgn family dkt KFC. Masa ni nenek dah blk kg.

2011

Masa ni tepat umur 3 tahun...tp dpt 1btg lilin sbb sepotong kek shj... cukuplah utk kami bertiga...

Yang terbaru, Kek Dora


Tahun dpn kek apalah pulak, Mama doakan Aimy panjang umur & sihat2 selalu agar kita dpt sambut birthday Aimy sama2 lagi. Terima kasih syg, sbb hadir dlm hidup mama & abah.

Friday, December 23, 2011

Aimy's 3rd Birthday Party

Date: 26.11.2011
Time: 11.00 am - 2.00 pm
Menu: KFC, Bihun goreng, Nasi impit + kuah kacang, Sosej, Nudget, Apam polca dot, puding caremal & coklat2.

Majlis kecil-kecilan utk family terdekat shj. Last minit jgk utk decide date nk buat birthday party ni... asyik tukar2 date jer... smpai nk panggil jemputan awal pun tak berani... Mcm2 benda nk buat dlm 1 masa + nk blk kg lg... Akhirnya terpaksa buat birthday party & blk kg hari yg sama. Lepas majlis habis, kemas2 semua...ptg tu jugak blk kg.


Mulakan dgn gambar Birhday kek. Kek gambar dora yg sedap ni tempah dkt blogger femes Nett ... Tks Nett, pagi2 buta dh kena bangun antr kek. Tgk!!... belum mula majlis lg kek dh comot dikerjakan oleh birthday girl yg tak sabar asyik telek kek dia jer...

Blow the candles. Birthday girl pun abahnya yg siapkan... mama sampai dh xde masa nk tgk... bz sgt...semua buat sorang2... masa cpt je berlalu... Ishh...lupa pulak nk pakaikan rantai... kosong je kt leher Aimy tu...

Kids hari tu semua girl jer... takde langsung boy... :)







Yg pakai baju & tudung biru tu, kwn mama... Wan mursyidah... satu2 nya kwn yg dpt dtg hr tu... Tks Wan sbb dtg :)








Nenek saya. Umur dah 80+... Masih sihat cuma dah x blh berjalan.












Malas nk karang panjang2... Tgk gambar jelah yer... Entry ni juga utk kenangan Aimy di masa hadapan... mama buat apa yg termampu je utk Aimy... Selagi ada daya, mama & abah cuba gembirakan Aimy seadanya.

Monday, December 19, 2011

Presenting 11.11.11.11 baby ( Aimy's new cousin)

Cantik kan tarikh lahir cousin baru Aimy ni... Nak tau tak kenapa ada terlebih 11 kt situ...sepatutnya 11.11.11 je kan... Sebenarnya baby ni lahir di Terengganu... IC anak terengganu tgh2 dia No 11... sbb tu ada 8 no 1 dictu... No IC baby ni mesti 111111-11-**** ... Best & unik kan... Lahir pkl 11.45 mlm... lagi 15 jer nk masuk tarikh lain... pandai baby ni...cpt2 dia keluar sebelum masuk tarikh lain.... :)


Comel kan!!...Welcome Baby Khairulnisa Hanania
Anak ke - 4 & Cucu ke-12 (family sebelah abah Aimy)

Ini kakak Aimy... cucu ke - 9... dah ramai adik sepupu dah...tp manja mcmlah dia yg bongsu :) Tahun dpn leh sambut beday sama dgn kakak Aimy yer... kakak Aimy lahir 9.11 (mcm rescue 911 daaa)...



Aimy & kakak Ain(kakak baby hahania)

Friday, December 16, 2011

Langkawi Tour 10.11.2011 - 13.11.2011 - Part 4

4rd day (13.11.2011) - Sambung sikit lagi cerita Langkawi... Ni kira final entry pasal Langkawi... takde apa yg nak diceritakan sgt pun, sbb xde xtvt utk last day... memandangkan flight blk pkl 12.30tghari... lepas b.fast pagi tu...kitaorg terus gerak gi airport.


Ni bilik kami, SUNSET 2... selesa jugaklah utk kami bertiga... sbb bilik luas + amik xtra bed lagi... cuma yg paling x best kt sunset beach resort ni...toilet dia xde hose pipe... sgt x sesuai utk org melayu sejati mcm kita2 ni... so not recommended! (lupa nk tgkap gmbar toilet)

Ni adalah laluan utk ke tempat breakfast. Last day kami kt cni br nmpak cahaya matahari pagi...klu tak mendung je hari ke-2 & ke-3.

Aimy hari2 breakfast air & pisang je... yang lain2 dia x mkn sgt... menu utk b.fast simple je...tukar2 setiap hari... bihun/mee/k.tiau goreng + roti + buah + telur (omellette /separuh masak)

view dari tempat makan...cantik kan!!








Sebelum berangkat... Tangkap gambar Aimy sikit2 utk kenangan... Dah mcm budak besar dh tgk gmbr2 ni... Tak pandang kamera sbb sibuk tgk mama yg tgh ajar cmner nk posing...


Sambung pose sikit lg bila tibanya di Airport.

Perhatikan 2 biji bag itu... Dua2nya kami beli kt sana. murah sajokk!! yg besar RM49... yg kecik RM35... Asalnya kami bawa 1 beg besar shj... pastu hr pertama smpai kt airport langkawi... bag tu pecah pulak...nasib x terburai semua brg... sempat la smpai ke resort... samaada berat sgt atau staff2 air asia main campak2 je beg tu masa letak kt baggage. tak tau lah... bag tu kami tinggal je kt bilik... Balik dah jd 2 beg... 1 bag baju 1 bag barang shopping...

Balik naik MAS sbb tiket lagi murah dari Air Asia masa blk tu...


Babai Langkawi... See u again in some other time...


Kesimpulannya (cewah mcm karangan SPM jer :) )

1. Percutian yg sgt adventure setelah ada anak... sbb aimy sgt minat dgn cerita "Dora the adventure"... so kami bg dia rasa mcm dora jugak... masuk hutan, panjat gunung(guna cable car je) naik bot, masuk laut & sungai...

2. Walaupun kali ke-2 sampai ke bumi langkawi...tempat2 yg kami pergi kali ini semua tak sama mcm kali pertama. Dulu kami pergi Dataran Helang, Makam Mahsuri, Taman Ular, Beras terbakar... stay pun dkt bandar... Skrg kami pergi Cable car, Mangrove tour, Island hopping... stay dkt area pantai chenang.


itu jelah kot... habis dah cerita langkawi...Lepas ni nk buat entry beday Aimy pulak... dh perap dkt sebulan :)



Happy weekend :)