Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

Pneumococol & Rotavirus

28/3/09 aku bwk aimy pegi Hospital Damai Tmn Melawati utk buat 1st jab Pneumococol & Rotavirus. For parents yg x tau aper tu Pneumococol & Rotavirus... Di cni aku sertakan sket fungsinyer..

Pneumokokus

Penyakit pneumokokus ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang berusia dua tahun ke bawah. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitan darah) dan otitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).

Virus ini mungkin tidak termasuk di dalam program imunisasi kanak-kanak tetapi mengambil vaksinnya adalah satu langkah pencegahan yang selamat. Ia merupakan satu pilihan untuk ibu bapa kerana keadaan dan persekitaran pada hari ini antara faktor kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.

Rotavirus

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan pada usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti dan disebarkan melalui sentuhan.

Hal ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas masuk ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia juga boleh merebak melalui orang dewasa yang sudah berjangkit atau yang menguruskan bayi yang sudah dijangkiti...

More rotavirus infor sila layari http://kesihatananak4xmpsp.blogspot.com/

P/S: Rotavirus ni bukan injection, ia cuma ubat yg dimasukkan ke dlm mulut baby.


Aimy nangis kuat masa kena inject... doc ckp pneumococol injection paling sakit utk baby...
siannyer anak mama..mama x sanggup nk tgk...
Abah cuba tenagkan Aimy dgn mainan ni...

Dah settle...jgn nangis lg yer syg...

masa nurse masukkan ubat rotavirus, mama x sempat amik gmbar... masa tu doc tgh nk explain somethings...

Alhamdulillah syukur...Aimy x demam lepas injection tu...

Prevention Is Better Than Cure

Mama...bila shopping

Last Friday (27/3/09) aku pegi Amp point.. ader mom's care sales...
Murah2 jugaklah... almost all items dpt less 50%... Brg2 yg aku beli ni mmg aimy amat memerlukan buat masa ni... so let's go & check the items one by one....




1) Comforter set- NP RM109.90 AL RM54.95 (senang nak usung utk travel)
2) Baby carrier - NP RM79.80 AL RM39.90 (dah x payah tolak stroller lg... hope aimy nk duduk)
3) Baju tdo - RM10 sepasang - 100% cotton
4) Avent Nipples - NP RM19.90 - AL RM9.90 for 2 nipples
5) Avent bottle NP RM28.90 - AL RM18.60 (Spare je..tkut botol yg ader ni tertinggal mana2/hilang)
6) Socks - RM10 For 2 Pairs
7) Shoes - RM10 For 2 Pairs (1st shoes for aimy)

**NP- Normal price
**AL- After less

comel kan...kena bg aimy pakai cpt2..tkut nti dah x muat....

Aimy @ Carrefour (19/03/09)

stokin aimy asyik tanggal jer... aimy x nak pakai lg lah... kita beli kasut baru jelah yer... tu byk tu...nampak mcm menarik jerr.....


mana 1 nak pilih ni mama....aimy dah rambang mata ni.... mama agak2 muat x dgn kaki aimy??...

Thursday, March 26, 2009

Aimy @ Midvalley (18/3/09)



1) Baru sampai - cool jer
2) Lapar, minum susu dululah - still cool
3) Ngantuk - uuuuwaaaaaaaaaaaa
4) zzzzzzzzzz - bestnyer tdo peluk mama
5) Mama nk enter frame jgk - pipi mama ke pipi aimy lg tembam? :-)

Playing with cousins

Wednesday, March 25, 2009

Milestone Aimy being 4 months++

Aimy mengiring


Dah lama mama x update blog anak mama nie... x dpt update sbb mama x gi keje seminggu... Mak tok demam..so mama lah kena jaga anak mama nie... hari2 mama kena ragging... huhu...

Dalam seminggu klu ikutkan byk benda nk cte..tp utk hari ni mama cuma nk tulis sket milestone anak mama setakat hari ini.

* Dah blh pegang2 barang/mainan/botol susu ( tp sekejap jer.. pastu jatuh blk)
* Baru leh mengiring sket2 (4 months ++ br leh ngiring..bila la plak nk meniarap..berat punggung kot anak mama nie)
* Dah mula kenal & nak senyum2 dgn abah (Yelah...abah asyik hilang mcm chipsmore..sbb tu aimy lambat kenal)
* Klu aimy ngantuk, jgn lah bwk jln..abis melalak2 mcm org pukul (sampai minah salleh pun mintak nk dukung..ingtkan dia sakit ke aperr)
* Dah senang tdo mlm... Alhamdulillah.. (tp mula2 nk tdo tu agak payah la jgk...bila dh tdo x bgun dah.. bagi susu setiap 3-4 jam..then dia tdo blk)
* Pempers dah tukar size M


Perkara yg mama x sabar ttg aimy:

1) Nak tgk aimy niarap, merangkak & jln
2) Nak suapkan aimy makan
3) Nak tgk rambut aimy tumbuh panjang..blh mama ikat tocang..pakaikan sepit & riben comel2
4) Nak pakaikan aimy gaun yg cute2 (masih simpan lagi 3-4 helai gaun cute2 hadiah masa aimy lahir sbb x muat lg)
5) Nak dgr aimy sebut mama & abah
6) Nak tgk aimy pakai baju sekolah & pegi sekolah (yg no 6 ni x masuk akal wat masa ni...aimy br 4 bln...jauhnyerrr imaginasi mama...hehe)

Friday, March 13, 2009

Senyum


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Dunia pun berseri......

Aimy hepi hari ni, sbb hari ni hari jumaat, esk mama cuti...blh aimy raging mama kt rmh....hehe

Aimy jawab tag Ayra

1) Anda rasa anda hot?

Hot??? aper tu???bunyi mcm hot dog jer mama...

2) Upload gambar kegemaran anda




3) Kenapa anda suka gambar ini?
Aimy ader mama, ader abah.. mama & abah syg kt Aimy. Aimy pun syg kt mama & abah jgk

4) Bila kali terakhir makan pizza?
mama x bg mkn..mama ckp susu mamex lagi cedap

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Mama selalu bg aimy dgr lagu wonderpets dlm hp mama..
Wonderpets..wonderpets kami dtg..
membantu anak ikan yg kesusahan...
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama semua jadi mudah...
yeeeeee...Wonderpets.. yeeeeeeeeee...

6) Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
masuk jari dlm mulut dlm2..pastu nak tercekik..aimy jerit & nanges kuat2...
semua org menggelabah...hehe...



7) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Mama & abah panggil sayang, baby, tomei2, si kecik... semua Aimy sukalah...

**Habis yer hutang tag no 1.. No 2 nti dululah yerr...huhuhu...

Thursday, March 12, 2009

Petua

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

Wednesday, March 11, 2009

Baby Carrier



Just to share infor yg aku dpt dr ratuhati.com... ader makna rupanyer bila kita guna baby carrier mcm ni... terpikir gak nk beli baby carrier ni utk aimy.. xdelah susah pyh nk tolak stroller... tp mula2 tu takut dia sakit... u all ader beli x?..aper pendapat u all?....(gmbr x blh dibesarkan lg-utk maklumat lanjut sila layari laman web ratuhati.com)

Aimy & Buku



Xm dh nk dekat ni..Aimy susah hati laa...nk kena study.. mama ckp klu aimy pass xm ni..mama belikan byk toys lg utk aimy.. Nasib baik smlm abah cuti.. abah tlg ajar aimy baca buku...

Tuesday, March 10, 2009

Weekend


Nilah aktiviti weekend aimy... tgk tv, main, jadi model (mama giler tgkp gmbr aimy-kuatnyer pengaruh mummy ayra) & tdo... mama cuti 3 hari..tp x bwk aimy jln2 pun... mama ckp, abah keje... cian aimy bosan je dok rmh...

Aimy & Piano


Ekceli Aimy x blh meniarap lg...tp mama paksa aimy..sbb dia nk tgkap gmbr aimy...dia suruh aimy eksyen..konon2nyer aimy tgh main piano... utk puaskan hati mama aimy layan jelah...
cepat sket mama..aimy lenguh ni...

Buli



Mamaaaa...Aimy x nak sekolah kt cni lg...Syifa asyik buli aimy... uwaaaaaaaaaaaaa.....


Kuala Lumpur, 26 Feb - Baru-baru ini gejala buli di sekolah semakin berleluasa, kes terbaru di dapati di sekolah tadika bayi tmn gombak. Kes terbabit melibatkan seorang pelajar senior Nurin Asyifa berusia 5 bulan yang didapati membuli seorang pelajar junior Nur Aimy Marissa yang berusia 3 bulan setengah. Punca kes adalah kerana berebut buaian. Kes masih di dalam siasatan lanjut.

Thursday, March 5, 2009

Bibir seksi




Mcm Angelina Joly x bibir aimy???

Aimy Sejuta Wajah




Dah lama aku x update blog aimy ni..mummy ayra dah bising sgt...sorry la yer..byk masalah teknikal+bz... utk memuaskan hati mummy ayra, aku letaklah gmbr2 aimy utk memeriahkan lg blog ni... gmbar latest x dpt letak lg...bateri kamera kong..charger hilang la plak... gambar2 ni guna photoscape..baru je pandai guna...ketinggalan zaman nyer aku... :-)