Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, June 3, 2009

APAKAH MENINGITIS-Tolong la baca wahai ibu bapa

Meningitis merupakan satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya masih ramai ibu bapa di Malaysia mengabaikannya.

PADA Oktober tahun 2008, bapa muda yang hanya ingin dikenali Low melepaskan dengan gembira dua anak kesayangan Low Lui Lui, 2 dan Low Chai Chai, 18 bulan, terbang bersama isteri beliau untuk melawat keluarga mereka di England.

Bapa berusia 30 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak menyangka itulah lambaian dan ciuman terakhir anak bongsunya dalam satu percutian yang sangat tragis dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Bermula dengan batuk dan hidung berair, Chai Chai kembali sihat selepas diberikan ubat oleh doktor. Pada hari terakhir di England, Chai Chai masih cergas dan aktif. Bahkan, isterinya menidurkan Chai Chai tanpa sebarang tanda-tanda penyakit.

Namun, sekitar pukul 1 pagi pada 6 November tahun yang sama, tiba-tiba isteri beliau mendapati anak lelaki mereka berada dalam keadaan pucat dan sangat lemah. Chai Chai dikejarkan ke Hospital Bath di England, namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Chai Chai disahkan meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi.

"Menyambut isteri dan Lui Lui di lapangan terbang tanpa Chai Chai di sisi cukup menyedihkan. Namun, apa yang menyebabkan saya lebih sedih dan kesal ialah apabila Chai Chai meninggal dunia hanya kerana saya berkira sangat dengan wang RM300," luah Low ketika ditemui Kosmo!.

Namun, penyesalan Low tidak berguna biarpun kali ini dia sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM30,000.

"Doktor pernah menyarankan supaya anak saya, Chai Chai mengambil suntikan vaksin pneumokokus yang berharga RM300. Tetapi, kerana ia agak mahal dan tidak wajib, saya tidak mengambil suntikan itu untuk Chai Chai," cerita Low.

Hasil ujian darah dan cecair serebrospina (CSF) yang dilakukan, doktor mengesahkan bayi comel itu meninggal dunia disebabkan meningitis pneumokokus dan septisemia.

**AWAS jika anak anda mengalami simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam.

LUMBAR punktur merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis cecair selaput otak.


Kebarangkalian untuk pulih adalah tipis. Berkemungkinan besar ketika itu organ-organ mereka terutama otak telah pun mengalami kerosakan yang teruk.

"Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.

Zulkifli berkata, jika ibu bapa dapat mengenal pasti simptom anak-anak mereka yang diserang meningitis dan segera mendapatkan rawatan di hospital kanak-kanak tersebut boleh pulih seperti sediakala.

Namun dengan simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam, biasanya bukan mudah untuk ibu bapa mengesan penyakit itu.

Ujarnya, jika kanak-kanak berumur kurang dua tahun, agak sukar untuk menentukan sama ada mereka terkena meningitis atau penyakit lain..

Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun, penyakit itu boleh dikesan melalui tengkuknya yang tegang dan mereka mengadu kesakitan ketika tunduk.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan sehingga kini kesedaran di kalangan ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi masih rendah.

Hasil penyelidikan Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan, mendapati, hanya sekitar enam peratus ibu bapa yang memberitahu anak-anak perlu menerima suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakannya hanya menyebut tentang polio, campak dan beguk.

"Apabila anak dibawa ke klinik atau hospital, doktor menyarankan agar anak tersebut diberikan suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakan ibu bapa akan melengahkan saranan doktor kerana berpendapat suntikan tersebut mahal dan tidak wajib.

"Malangnya, apabila keadaan anak di peringkat yang teruk, baru mereka membawa anak ke hospital untuk rawatan. Namun, pada masa itu mungkin mereka boleh diselamatkan atau organ-organ dalaman tubuh mereka telah rosak," katanya mengenai bahaya penyakit itu.




KANAK-KANAK menghidap meningitis yang lambat menerima rawatan berdepan dengan risiko kematian..


Meningitis merupakan radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit boleh terjadi atas dua sebab iaitu jangkitan virus atau bakteria.

Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan spesifik.

Namun, meningitis kerana serangan bakteria biasanya agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.

Tambah Zulkifli, kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis

Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B, virus polio, beguk, campak, herpes simplex, varisela , streptokokus pnemonia dan pneumokokus.

Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus. Kedua-dua bakteria itu tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya.

Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.

Zulkifli memberitahu, kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah.

Selain itu, jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya tetap boleh menjadi cara penyebaran.

"Mereka juga mungkin hanya selesema atau batuk sedikit tetapi ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain melalui kuman yang merebak dari saluran pernafasan ke selaput otak," katanya.

Oleh kerana bukan mudah untuk menyekat pendedahan anak-anak terhadap ciuman atau sentuhan ahli keluarga atau orang luar, luahan hati Low mengenai vaksinasi wajar menjadi iktibar.

__._,_.ILUSTRASI menunjukkan otak yang normal (A) dan otak yang dijangkiti bakteria meningitis.


___

Aimy @ Cherating

Weekend pictures.




1st time bwk Aimy saksikan laut yg terbentang luas ciptaan Allah Yg Maha Esa...



***itu sjer entry utk hari ini... masih dlm mood bercuti...walaupun dh 2 hari blk kl....huhu...

Thursday, May 28, 2009

Aimy & Hand phone Mama

Saya suka main hp mama...dalam tu blh tgk byk gambar saya... gambar saya yg bergerak2 pun ader... mama ckp gambar bergerak tu namanyer video... klu mama x nak saya nanges...bagilah saya main hp mama tu... sure saya dok diam (5 minit jer... cam kwn saya ayra tu)...hehe


Huhu...hari tu dah rosak sekali...sib baik antr repair ok blk...

Wednesday, May 27, 2009

Baju raya Aimy

Hari ni aku nk cte pasal baju raya Aimy... memandangkan thun ni tahun pertama aku raya setelah bergelar ibu...agak excited sket la utk beraya... Dgn itu aku dh buat early preparation..beli sket2 baju Aimy supaya x kelam kabut ms nk raya nti... Baju kurung dah aku tempah... Aimy boria dgn aku... (tema kaler thun ni ialah..opsss rahsia dulu...) beli 5 meter kain, 4 mtr utk aku, 1 mtr utk aimy (skrg ader kt tailor)... baju kurung aimy sepasang cukuplah... mama punya nti nk beli 2 pasang lg yg ready made... (abah belanja...blh yer...hehe)...

Ni 1st baju raya Aimy yg aku beli sebulan lepas... lama dah teringin sgt dgn baju smocking nie..biasanyer mahal...tp ni dia bg discount 50%...jadi RM35...so blh la beli...

Yg ni plak... baju kedua... baru jer order online kt http://petitsugar.blogspot.com ... beli yg paling murah jer RM25 + 3.50 delivery cost... byk baju cantik2 kt ctu... g rrr tgk...sure u all geram... ader byk yg berkenan tp x leh beli pasal byk dh sold out & utk kanak2 umur 2 thun ke ats... utk baby lelaki pun ader..blh klik kt http://petitboys.blogspot.com/ ... (promosi ni ...kak nita - sila bg diskaun :-)


Yg no 3 ni plak...hehe... baru jer shopping masa lunch td... kt sogo... (tikus xde...aper lg...ank kucing menari2 lahh)


1. Jeans poney : RM69 less RM20.70
2. Khakis poney: RM69 less RM20.70
3. T-shirt Sessame Street: RM26.90 less RM13.45
4. T.ShirtGarfield: RM29.90 less: RM14.95

murah jer kan....

Yg ni plak... Utk mempengaruhi puan2 sekelian....Iklan yg tidak berbayar oleh pihak sogo...




p/s: pada ibu2 yg x habis ganti pose lg..cpt2 lah ganti...jgn ingt nk raya jer... hehe...sib baik thun lps aku pose penuh... Alhamdulillah walaupun masa tu peknen kan Aimy 7 bln ++...


*** ENTRY NI BUKAN UTK MENUNJUK2...TP ATAS DASAR PERMINTAAN AWAM. SEKIAN, HARAP MAKLUM. T.KASIH

Tuesday, May 26, 2009

Aimy & Bantal Lion

Ahad lepas aku bwk aimy ikut maktok & mak long g Giant... kitaorg shopping brg2 dapur... klu dah namanyer org pompuan bershopping... mstilah lama..paling kurang pun 2 jam... semua dpmt nak belek...takut ader yg tertinggal... (list brg selalu terlupa nak bwk)... Nasib baik Aimy x buat perangai sgt... nampak gelisah2 jer...bg susu terus tdo... aku plak trlupa nk bwk bantal/ kain utk selimut dia... so rembat jelah bantal lion yg ader kt giant tu... Nak jadi cte... lepas aku dh hbis byr semua brg2... b4 sampai pintu kuar tu baru perasan yg bantal lion tu x byr lg... still ader ats bdn Aimy... aku amik & letak balik kt casher tu...nk beli kena queue blk nk byr...dah la Q panjang giler... nasib lum lepas dr pintu kuar... klu tidak msti alarm b'bunyi sbb x byr... x pasal2 kitaorg dituduh mencuri...hehe...


Aimy tdo dgn nyenyak...lama plak tu... maybe sbb dpt peluk bantal baru... cian aimy... lain kali kita ajak abah g beli bantal tu yer...

Monday, May 25, 2009

Mama's resolution...

Pagi isnin ni aku mulakan hari dgn keazaman yg membara dijiwa...sejak tgk transformasi mndadak seseorg hari tu( x leh mention nama..nti dia perasan)... aku pun bertekad...akan berjuang habis-habisan... utk mndptkan figure aku likes b4 give birth...

Aper yg aku perlu buat:

  • mkn nasi cuma 3-4 kali jer 1 mgu...itupun dgn kuantiti yg teramat lah sikit (no nasi at all..... x blh laaaa)
  • Bykkan minum air kosong & buah-buahan
  • Pakai girdle hari2
  • Selalulah dukung & main lompat2 dgn aimy (ni sebagai ganti exercise)
And last but not least....
  • DISPLIN YG TINGGI

Dgn meletakkan sasaran maksimum 2 bln...hope aku berjaya....Mcm mana nak tau yg aku tlh berjaya mencapai target yg aku mahukan???

sehingga aku berjaya menyarungkan kembali kebaya ni kebdanku tanpa bantuan girdle....hehe


Pic masa raya 2007... baru 3 bulan kawin... baju tu mmg agak ketat... tu 1st & last aku pakai coz lepas tu bdn terus brkembang dan lg..dan lg....

so tgu dan lihat yerr... aku akan kembali dgn baju ni 2 bln dr sekrg (25/7/09)...klu cpt lg bagus...

Berat skrg: 57kg
2 months after: ???? (sasaran 53kg)

Friday, May 22, 2009

Like Father Like Daughter



Aku suka tgk gmbr ni...tgklah muka ank bapak tu...dua2 sama jer...tgk tg mulut...hehe... sorilah syg...sbb letak gmbar u all yg x siap posing utk tatapan awam....sejak mama dh jd paparazi ni... aimy N abah kena alwalyz maintain cute n ensem coz bila2 jer mama akan snap pics n masuk dlm blog ni.... aper2 pun... i love u both so much...muahhhhhhhh.....

Thursday, May 21, 2009

ShoppingNSale

X tau nk tulis aper utk updated blog hari nie... Cuma nak buat pengumuman ttg sales sane sini utk kaum2 hawa terutama yg sudah bergelar ibu... Blhlah start shopping utk baju raya anak2 anda...

Check out the Top Warehouse Sales This Week

Today's Highlights


Ni sales kt sogo.

Coming Warehouse Sales (Akan Datang) in 2009



Selamat Menghabiskan duit.... :-)

Wednesday, May 20, 2009

Fat Babies




Gambar2 ni dpt dari emal... Cuba kita bayangkan anak2 kita sebesar ni... msti kita x perlu bersusah hati utk turunkan berat badan lg... berat badan kita akan turun secara automatik sbb letih dukung baby sebesar ni... Kesian plak tgk baby2 tu kan...msti pergerakan mereka terbatas... Aper agaknyer yg menyebabkan mereka jadi sebesar tu...makanan ker???...hormon kerr??? ishh x tau lah...

Nasib Aimy kecik jer...itu pun mama dah letih nk dukung.....

Tuesday, May 19, 2009

Aimy & Walker

Entry ni patutnyer nak update smlm...sbb ni cte weekend lepas... tp sbb bz reply tag purse tu... aku update hari ni arr...

Memandangkan Aimy dh 6 bln ++ aku try arr masukkan dia dlm walker..lg pun nmpk bdn dia mcm dah keras jer... aku cuba arrr... lepas ni senang la sket nk wat keje kt dpur...smbil wat keje leh jeling2 kt dia tgh main dlm walker tu... klu x susah sket nk wat keje kt dpur...kena teman dia menerap kt dpn jer...


Yeee...kwn2...saya dah dpt Lesen L mcm kwn2 gak... menatang merah menyala yg saya naik ni...mama ckp nama dia walker... best tau dok dlm walker ni...blh enjut2 bdn bila dgr bunyi2an yg ader kt walker tu... aper yg penting skrg saya dh blh jd assistant mama utk kemas rmh... ape2 perhiasan yg mama susun x cntik...sy blh cantik kan lg.... betul x mama.... aimy rajin tlg mama kan....hehe..



p/s: tks utk mak long gombak & mak njang ida sbb hadiahkan aimy walker tu masa aimy br lahir dulu...

Monday, May 18, 2009

Reply tag

Ni nk jawab tag dari mummy ayra... Disebabkan mummy ayra ltk nama aku ats sekali...kena jwb cpt2 arr...

A) Snap the picture of both inner and outer of your purse

outer
inner

B) Introduce your purse brand, price & where your buy
Brand Balenciaga, Price rasanyer after less dlm RM98. ( klu x silap) beli 2 thun lepas kt Sogo

C) Take out whatever its inside your purse


Pictures

My Hubby
My mom



Cash Money


Duit skrg : RM57
Duit lama : 1. RM5
2. RM2
3. RM1 - ader 10 keping

THB: 120
SGD: 5



Syiling - Rm1.30

List of cards ( Tak mengikut turutan mcm dlm gmbr yer)



  • Mycard
  • Aimy's Mykid
  • Driving licence
  • AIA Insurance
  • Aimy's AIA Insurance
  • My business card
  • Pathlab blood type
  • ATM cards - Standard Chartered, Maybank, CIMB
  • Credit cards -HSBC Visa, HSBC Master
  • Toys R us
  • Personal Emergency Data
  • Kad Mesra
  • AAM AIG Rescue Care
  • Genting World
  • Halal Frozen Food
  • UdaOcean
  • QCS photo centre

D) Taged other 7 persons

x nak mention nama - saper2 sajer yg secara sengaja atau tidak sengaja baca blog ni (buat yer) - sila jujur...jgn tipu2...

E) Comment on your friend's (who taged you) purse

Ni klu betul2 nk komen lebih 360 patah perkataan nti... 2 hari 2 mlm lum tentu abis.... so short cut jelah...
  • Azyyaty Ayzan@Izzy@Tiara@Mummy Ayra...
  • Mula kenal masa sekolah form 4... kwn baik...kwn gaduh...
  • Bersaing (secara positif) dr segala segi... (termasuk result SPM kita yg sama tu)... ko simpan lg x baju pagoda yg kita dpt hadiah dari cikgu BM pasal kecemerlangan kita dlm BM(SPM)... :-)
  • Tukang kejut aku bgun sahur masa kt asrama termasuklah ajar aku ponteng pose sekali - padahal bukak pose dgn air tin(kongsi) & biskut marry - (klu mkn nasi tu berbaloi la jgk)
  • Mengajar aku dunia perniagaan kerepek (weii... ader customer aku tnyer lg...bila ko nk jual blk) :-)
  • Dapat anak sulung pada tahun yg sama...
Dannn... dialah org yg memperkenal & mengajar aku ke dunia blogging nie...

Cukuplah smpai cni..(sebelum byk lagi rahsia bocor) - hehe jgn marah aaaaa.....

Frends 4 Ever.... :-)

Friday, May 15, 2009

Aimy & Tips... 1

(Aimy wrote)

Tawan2... penah x tawan2 rs letih2...lenguh2 badan bila tita byk bermain... mcm caya yg macih menerap ni celalu je rs lenguh2 pd bdn caya... Kt cni caya ader sket tips utk tawan2 klu tita rs penat/letih semasa tgh bermain... cara2nyer :- (gambar utk rujukan supaya tawan2 lebih memahami)...

1) Menjerit/melalak setuat ati - ini utk menarik perhatian ibu2/bapa2 tita supaya mereka dtg kt tita... klu yg dh blh guling2 lg bagus...

( maaf gambar tidak disertakan) mama x cempat snap..

2) Baring dgn pocici mcm tita menerap cambil tepala dilengtokkan ke tilam... (sila buat ats tilam yer tawan2...ats simen manyak catit woo)


3) Bila tita dah terbaring cmni...msti iba bapa tita dtg cambil tgn mereka menggocok2 blkg badan tita...emmm...bestnyerrr....


4) Bila tita dah rs lega...blhla tita teruskan bermain mcm biasa... sila ulangi perkara yg sama sekiranyer tita rs letih kembali...

Sekiranyer tita meraca senang hati...blhlah tita bermain sambil menyilangkan kaki...


Tian dari caya...Hepi Weekend...

Yang Benar,
Aimy

p/s :Pada ibu bapa yg nak baca tp x phm..mintak anak2 anda tlg translate kan yerr... :-)

berbelit lidah mama nk baca...aimy..aimy....

Thursday, May 14, 2009

BabyIbu Giveaway: leanalittleshop.com







First time nk joint blog contest sejak kenali dunia blog ni... oleh sbb dlm blog baby ibu ader ckp x pandai mengarang pun xpe...pemenang dikira mengikut random...so aku join laa... suka2 jer..klu menang Alhamdulillah...hadiahnyer agak menarik gak...lgpun aimy amat memerlukan toys baru...toys lama klu bg dia campak jerr...

Hadiah2 yg ditawarkan.
1) Girrafe Activity Toy
2) Wonder World Hexi Twist Rattle


First of all, salam kenal yer baby ibu..ekceli dah lama follow blog awk ni... http://babyibu.blogspot.com/ Cuma jadi pemerhati dari jauh jerr... tak penah komen aper2 dlm entry awk... mmg menarik...byk infor berguna...

Berbalik pada contest...


Menarik kan brg2 yg terdapat di atas... Aper yg terpapar disini hanyelah sebahagian barang2 yg blh didapati di http://leanalittleshop.com/estore/index.php tanpa bersusah payah.. start kete, habiskan minyak kete, bersesak di jln raya...cari parking...byr parking...anda dpt membeli barang2 mainan utk simanja anda dgn mudah saja... semuanyer dihujung jari...oppsss!! sebelum tu check dulu saving account anda..hehe...

Sebagai ibu...kita sentiasa mencari yg terbaik utk anak2 kita... mainan aderlah satu benda yg penting utk perkembangan minda anak2 kita... leanalittleshop.com bukan sajer menyediakan pelbagai permainan utk bayi & kanak2...tetapi ia juga menyediakan brg2 safety utk kanak2...

So aper tgu lg.......cepat...cepat...cepat...layari... http://leanalittleshop.com/estore/index.php

itu sajer...sekian...
Wassalam... :-)

Milk rash


Perasan x kt dada aimy mcm ader tompok2 putih... ekceli sebulan lepas aimy kena milk rashes... merah2 bwh leher melarat skt kt dada dia...pastu aku g amik cream kt klinik... cpt jgk arr dia kering... yg jd masalah nyerr...skrg tgl parut plak...bekas kulit dia yg melecet dulu (putih2 tu arr...)

camner yek nk bg hilang... makcik aku ckp letak cream hazeline snow... blh ker kulit baby letak hazeline snow??...

Sharing is caring....

Wednesday, May 13, 2009

1st dating without Aimy


Hehe..mesti korang semua kenal sgt aper benda dlm gmbr ats tu...Yerr... itulah tiket wayang...
Sebenarnyer aper yg aku nk cte ialah... itulah wayang pertama yg aku & hubby berkesempatan gi tgk... Sejak kehadiran aimy dari dlm perut lg...kami x penah lg gi tgk wayang... seingat aku movie terakhir yg kami berdua tgk ialah cte 'I am Legend' lakonan Will Smith... fuhh..dah lama sgt tu... setahun lebih dah... so...dalam erti kata lain... nilah 1st dating kami without our little princess.... kami pegi sempena beday hubby hari tu... aku sempat amik 1/2 day leave semata2 utk merasai kembali kehangatan zaman2 hidup berdua... Walaupun agak rushing sbb nak kejar masa nk amik aimy blk plak ptg tu... oklah sekadar utk melepas kan gian masuk panggung wayang... Sampai kami x dpt pilih cte sgt...aper je cte yg ader... budget dpt habis b4 pkl 6...kami rembat jelah...

Cte yg kami tgk ialah... 'Power Kids' cerita Thai.... cte tu ok lah... x memerlukan kita berfikir yg tersurat & tersirat ( cewahh..mcm belajar BM masa sek plak) ...pada yg minat cte kungfu2/fighting...leh la gi tgk... sekadar utk releks kan kepala otak yg semakin serabut dgn mcm2 benda...

Movie Title: Power Kids
Location: MBO Galaxy Ampang.
Date: 8/5/09
Time:
3.30 pm
Synopsis: Wut, Kat, Pong, Woon and Jib are five kids who have grown up in a martial art school. Jib urgently needs to a heart transplant but the hospital is being occupied by ruthless terrorists so the children join forces to protect their friend and the country to fight for victory.

*** X tau bila plak blh tgk wayang pasni...

Utk Aimy: walaupun mama keluar dating berdua dgn abah...seminit pun mama x lupakan anak mama yg paling mama syg ni... walaupun bwk aimy agak leceh sket + penat... mama ttp rs puas asalkan aimy dekat dgn mama...


Tuesday, May 12, 2009

Aimy @ Half Year Old

Happy Half Year Old Aimy
Mama & Abah lov U so much...


Topi baru hadiah dr abah sempena beday Aimy 1/2 tahun...Aimy x nak senyum...rindu abah kot...


Alhamdulillah...Last Saturday Aimy dah genap 6 bln… cpt betul masa berlalu...Aimy sambut beday ½ thun kt Penang… tanpa abah disisi...(abah keje) ekceli hari tu aku bwk Aimy blk penang… tgk tok aku ..(moyang aimy)… Disebabkan Aimy x penah blk penang & sedara mara aku kt saner x penah tgk Aimy lg…so aku bwk blk ikut family... Xde benda menarik yg nak di kongsi dkt Penang X jln kemana2… dok rmh jer…Kt saner plak Aimy asyik merap… x berapa nak sgt dgn org lain… Yg aku nk cte kt cni ialah… Aimy dah start makanan pejal pertamanyer di Penang… Aku mulakan dgn nestum beras merah…(Homemade food weekend ni baru nk buat) Utk Permulaan aku bancuh 3 sudu je dulu (ikut ckp mummy ayra)… kita layan tgk aimy mkn dulu… milestones yg lain2 aku akan update hari lain...

Cukuplah utk permulaan..berselang seli dgn air masak...

Mulakan dgn Bismillah & doa mkn...(Gmbr blur sbb mama pegang tgn aimy utk tadah tgn baca doa sambil sebelah tgn snap pic)

Suapan pertama... x sabarnyer... mulut awal2 lg dah nganga....

Yummm..yumm...yummyyyy...

Inilah hasilnyerr.... Aimy kekenyangan...siap sendawa lg...lum sempat nk bg mandi...dia dh merengek nk tdo....

*** Entry ni special utk abah aimy yg x dpt saksikan dak tome abah ni mula mkn..

We miss u so much...


p/s: ekceli aku bz bangat hari ni..tp aku gigih gak update blog nie...sbb mummy ayra dah bising... aper yg pasti aku lebih takut pada mummy ayra dari bos aku...hahahaaa...

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU

Entry ini agak emo sket bunyinyer... Xde kena mengena dgn Aimy... sesi luahan perasaan aku sebagai anak sempana Hari ibu sedunia....

Aku selalu fikirkan yang aku sayangkan ibu aku...tapi aku tak pernah pun zahirkan padanyer yang aku sayangkannyer. Dalam setahun blh kira brp kali aku peluk & cium dia... rasanyer masa raya jer kot... aper tah lagi untuk mintak maaf...klu ader salah aper2...semuanyer masa raya.... Aku malu utk buat semua tu... mungkin aku x biasa dari kecik lg...so bila dah besar baru nk mulakan aku jd malu... Sejak kehadiran aimy dlm hidup aku... bila aku lakukan sesuatu utk aimy...mesti aku terfikir...dulu ibu aku buat benda yg sama utk aku... peluk,cium, mandikan aku, suapkan mkn, ikat rambutku...sampai dh Form 5 pun aku selalu mintak ibu ikatkan rambut masa nk gi sekolah...

So sempena Hari Ibu tahun ni aku berazam utk peluk, cium dia & ckp aku sygkan nyerr.... (doakan aku berjaya lakukan) - buruk betul perangai akukan..padahal utk org lain itu perkara yg mudah jerr....

Dan utk ibu mertuaku.... walaupun dia x penah mandikan, suapkan mkn, sikat rambut ku.... aku tetap sygkannyer sebagai insan yg telah melahirkan sesorang yg menjadi teman hidupku sepanjang hayat... T.Kasih atas pengorbanan mak utk mendewasakan insan yg kini bergelar suamiku...Mak ttp memiliki jiwa & raganyer... walaupun dia kini sudah berjauhan dari mak... Tiada aper yg blh memisahkan kasih seorang ibu & anak... Dia tetap milik mak...

Akhir kata...utk semua yg bergelar mak,ibu,mama, mummy, ummi... SELAMAT HARI IBU...

From Aimy: Hepi mother day mama... I Leebiiuuuu.....

I love U to syggg... :-)


Besday Abah (08/05/09)

Hari ni Besday abah aimy... Dengan itu ayg dan juga mewakili 'dak tome' (sbb aimy x leh ckp lg) ingin mengucapkan "Happy 29th Birthday" Semoga syg/abah:

  • Dipanjangkan umur...
  • Diberikan kesihatan yg baik sepanjang hayat...
  • Di buka kan pintu rezeki seluas-luasnyer...
  • Dipermudahkan segala jln & urusan...
  • Sayang & ingat kami selalu...
Aminnnnn....

cup cake yg aku dah tempah dr ofis mate, sebulan yg lepas... 1st time beli cup cake for bday...saje cari kelainan...

Thursday, May 7, 2009

Pneumococol & Rotavirus 2nd Jab

Smlm (6/5/09) bwk aimy utk 2nd jab Pneumococol & Rotavirus... masa dlm bilik doktor tu...aimy nanges2...mcm dah tau jer nk kena cucuk... mungkin dia dh kenal tmpat tu... lepas 2-3 jam sampai rmh aimy agak merap(meragam) sket.... nk abah dukung jer...masuk buai bg tdo pun x nak... agaknyer aimy x sedap badan..lenguh2..lepas kena cucuk tu kot...bangun pagi ni muka dia ceria mcm biasa...Alhamdulillah...x demam... Strong girl mama... I Leebiiuuuuu...


Tekunnyer, aimy dgr doc bg explanation.. mcm phm jerr...(muka dah cuak)

Timbang berat - 7.3 kg

Ukur Tinggi - (x ingat brp)
Lepas kena cucuk- Aimy nanges kuat... pujuk dgn toys, diam blk...

Rotavirus plak..eyekkk...x cedap la mama...

muka budak baru lepas kena cucuk... "mama, no camera plss...i'm not in the mood"...
mama lak posing lebih2....

Baru sampai rmh...dpt toy ceria blk... nmpk x bekas kena cucuk tu...cakit tau...

Masa ni aimy dh merap sket..nk abah dukung...smbil jln2... sampai aimy tertdo... manjanyerr ank abah tu... jeles mama..hehe...

Monday, May 4, 2009

Preparation for 1st solid food

Memandangkan Aimy dah nk masuk 6 bln... aku dah mula sibuk cari solid food utk dia... abis semua web site & blog aku redah utk mencari the best infor pasal solid food ni... maklumlah being 1st mom...excited sgt... dari bln lepas aku dh survey2 pasal solid food & berangan2 nk masakkan aimy bubur itu & ini... (mula2 je kot..lps tu mintak maktok yg masakkan..haha)


Tgklah...Keterujaan seorg ibu yg mula2 nk suapkan anknyer mkn...hehe...hope aimy suka...
(x tau nk suapkan yg mana dulu-Nestle gold tu mcm best jer-rice with apple & cranberry)

p/s: mama Aimi Husna...blh bg resepi & cara2 nk buat bubur kismis & kurma??... :-)