p/s: Nape la asyik nk post gmbr mkanan je skrg...jgn marah yer pd yg brpose... Slmt menjalani ibadah pose dgn tekun.. :-)
p/s: Syg, ayg mkn megi ptg ni... sket jer...tgk mangkuk kecik jerr... blh yerr...jgn marah...:-)


tgk tu...bz nk amik pinggan mangkuk dia...buat muka x brsalah bila mama pndang...
ishhh!!!...susahnyer nk bukak..ketuk2 jelah...
Aimy bagi jatuh...mama kutip...Aimy bg jatuh ...mama kutip... (ulang 20 kali)... arghhh... penattt betul... Aimy suka buli mama....uwaaaaaaaawaaaaa.........

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL <http://qs.al/> Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan peroleh pahala walaupun sudah tiada...."
p/s: Mudah-mudahan di suatu waktu nti...Aimy akan jd Muslimah yg solehah... Amin...
pic taken on: 27.3.2005
Pic taken on: 24.10.2006
pic taken on: 25.8.2006
Ni x ingt tarikh...kamera org...x appear date plak.... Ni semua rakan seperjuangan kt dpmt aku skrg ni... masa tu kitaorg ader appereciation dinner kt Pulai Spring Johor... ptg tu plak ader games(tp x leh nk join coz dh peknen 2 bln...tlg jaga beg org jelah...)


Aimy x nak tayang gigi lg...tp buat julug2 kali nyer aimy tayang dimple...sungguh manis sekali... :-)
1. Segengam beras, tp periuk bukan besar lg...tu jer periuk nasi yg aku ader..hadiah kawin dulu...huhu..


PADA Oktober tahun 2008, bapa muda yang hanya ingin dikenali Low melepaskan dengan gembira dua anak kesayangan Low Lui Lui, 2 dan Low Chai Chai, 18 bulan, terbang bersama isteri beliau untuk melawat keluarga mereka di England.
Bapa berusia 30 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak menyangka itulah lambaian dan ciuman terakhir anak bongsunya dalam satu percutian yang sangat tragis dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya.
Bermula dengan batuk dan hidung berair, Chai Chai kembali sihat selepas diberikan ubat oleh doktor. Pada hari terakhir di England, Chai Chai masih cergas dan aktif. Bahkan, isterinya menidurkan Chai Chai tanpa sebarang tanda-tanda penyakit.
Namun, sekitar pukul 1 pagi pada 6 November tahun yang sama, tiba-tiba isteri beliau mendapati anak lelaki mereka berada dalam keadaan pucat dan sangat lemah. Chai Chai dikejarkan ke Hospital Bath di England, namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Chai Chai disahkan meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi.
"Menyambut isteri dan Lui Lui di lapangan terbang tanpa Chai Chai di sisi cukup menyedihkan. Namun, apa yang menyebabkan saya lebih sedih dan kesal ialah apabila Chai Chai meninggal dunia hanya kerana saya berkira sangat dengan wang RM300," luah Low ketika ditemui Kosmo!.
Namun, penyesalan Low tidak berguna biarpun kali ini dia sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM30,000.
"Doktor pernah menyarankan supaya anak saya, Chai Chai mengambil suntikan vaksin pneumokokus yang berharga RM300. Tetapi, kerana ia agak mahal dan tidak wajib, saya tidak mengambil suntikan itu untuk Chai Chai," cerita Low.
Hasil ujian darah dan cecair serebrospina (CSF) yang dilakukan, doktor mengesahkan bayi comel itu meninggal dunia disebabkan meningitis pneumokokus dan septisemia.

LUMBAR punktur merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis cecair selaput otak.
"Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.
Zulkifli berkata, jika ibu bapa dapat mengenal pasti simptom anak-anak mereka yang diserang meningitis dan segera mendapatkan rawatan di hospital kanak-kanak tersebut boleh pulih seperti sediakala.
Namun dengan simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam, biasanya bukan mudah untuk ibu bapa mengesan penyakit itu.
Ujarnya, jika kanak-kanak berumur kurang dua tahun, agak sukar untuk menentukan sama ada mereka terkena meningitis atau penyakit lain..
Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun, penyakit itu boleh dikesan melalui tengkuknya yang tegang dan mereka mengadu kesakitan ketika tunduk.
Bagaimanapun, apa yang menyedihkan sehingga kini kesedaran di kalangan ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi masih rendah.
Hasil penyelidikan Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan, mendapati, hanya sekitar enam peratus ibu bapa yang memberitahu anak-anak perlu menerima suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakannya hanya menyebut tentang polio, campak dan beguk.
"Apabila anak dibawa ke klinik atau hospital, doktor menyarankan agar anak tersebut diberikan suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakan ibu bapa akan melengahkan saranan doktor kerana berpendapat suntikan tersebut mahal dan tidak wajib.
"Malangnya, apabila keadaan anak di peringkat yang teruk, baru mereka membawa anak ke hospital untuk rawatan. Namun, pada masa itu mungkin mereka boleh diselamatkan atau organ-organ dalaman tubuh mereka telah rosak," katanya mengenai bahaya penyakit itu.

KANAK-KANAK menghidap meningitis yang lambat menerima rawatan berdepan dengan risiko kematian..
Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan spesifik.
Namun, meningitis kerana serangan bakteria biasanya agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.
Tambah Zulkifli, kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis
Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B, virus polio, beguk, campak, herpes simplex, varisela , streptokokus pnemonia dan pneumokokus.
Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus. Kedua-dua bakteria itu tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya.
Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.
Zulkifli memberitahu, kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah.
Selain itu, jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya tetap boleh menjadi cara penyebaran.
"Mereka juga mungkin hanya selesema atau batuk sedikit tetapi ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain melalui kuman yang merebak dari saluran pernafasan ke selaput otak," katanya.
___