Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 20, 2010

Aimy @ 1 year 6 Months Old


Hi...Nama saya Nur Aimy Marissa...saya dah berumur 1 tahun 6 bulan 10 hari... Mama & Abah selalu ckp saya dh byk akai... akai aper yg byk, nti suruh mama update milestone saya yer... oklah itu ajer nk bgtau... disini saya sertakan wajah comel saya utk tatapan semua...

Sekian, babai...

Aimy's New Cousin

Kenalkan...Ni cousin baru Aimy...Nama dia Nur Hanissa Nadhiya. Dia lahir pada 11 Apr 2010... Aimy panggil dia, baby Nadhiya...Baby Nadhiya ni cucu ke 10 family sebelah abah Aimy... maka dgn itu, berakhirlah title cucu bongsu utk Aimy... mama ckp Aimy dh x blh ngada2 lagi sbb Aimy dah jd kakak... huhu..

Welcome baby Nadhiya
Congrats to New Papa & Mama
Welcome to parenthood

Saturday, May 8, 2010

Happy Birthday Sayang...

Happy 30th Birthday ...
You are our hero...We Love You So Much






YANG TERINDAH



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Tuesday, April 27, 2010

INFO: Makanan pertama bayi

INFO: Credit to Berita Harian

Permata Hati: Makanan pertama bayi
Oleh Siti Nur Almizan Aripin



Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan


SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan.

Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya.

Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang memberitahu bahawa tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang enam bulan jika diberikan di dalam sukatan serta masa tertentu, lebih-lebih lagi jika anak itu menyusu badan.

Menurut maklumat itu lagi, susu ibu terutama mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah-buahan atau sayur-sayuran.

Berdasarkan pembacaannya juga, ada kajian menyatakan bahawa pada ketika bayi berusia enam bulan barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.

Kini, barulah dia sedar mengapa orang tua banyak pantang larang. Kesimpulannya, elakkan daripada menyuap bayi anda makanan pejal sebelum usianya melebihi enam bulan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada si kecil di kemudian hari.
Pada peringkat permulaan mengenalkan bayi dengan makanan pejal, bubur nasi atau makanan yang dikisar halus adalah digalakkan. Kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit bersesuaian usia si kecil.

Seperti yang penulis perhatikan, setiap kali pulang ke kampung, cucunya yang kecil akan berpeluang menikmati bubur nasi yang dimasak bersama kentang serta lobak merah, kemudian ketika direneh, daging segar yang dibeli Tok Wannya dari pasar tani dipotong halus dan dimasak bersama bubur. Kata ibu mentua, manis daging sebagai penambah rasa kerana bayi kecil tidak boleh mengambil gula atau garam.

Seronok juga Jauna, sesekali bubur nestum bertukar bubur nasi bercampur sayuran dan daging segar. Dan itu juga sebaik-baiknya untuk anak kecil berbanding makanan daripada pek segera.

Tapi, setahu penulis, ada juga ibu yang tidak menyuap bayinya makanan lain selain bubur nasi dan susu walau selepas anaknya berusia hampir setahun. Kata ibu penulis, tubuh anak yang tidak disuap makanan pejal berbeza berbanding anak kecil lain di mana mereka akan kelihatan lembik.

INFO: Carta pemakanan si kecil

  • Enam bulan
    Tekstur makanan : halus
    Minuman: susu
    Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
    Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang

  • Tujuh bulan
    Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
    Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
    Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
    Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan

  • Lapan hingga 12 bulan
    Tekstur makanan : lenyek/kisar/cincang
    Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
    Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
    Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak

  • 12 hingga 18 bulan
    Tekstur makanan : cincang
    Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
    Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
    Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.


  • Friday, April 23, 2010

    Rambut oh Rambut...

    Kalau tgk dr depan... msti org ingt rambut Aimy lurus kan...

    Tapi hakikatnyer....




    Kalau dah panjang nti...msti comel kan... :)



    Slmt brhujung mgu semua... :)

    Wednesday, April 21, 2010

    Si kecil...kesian

    Lately ni ketandusan idea nk post entry... so just nk share gmbar bwh ni... terima email dr kwn... rs hiba sungguh... rasanyer ini bukan di Malaysia... mungkin di negara India... tp walau di mana pun anak2 ini berada & seluruh kanak2 di dunia khususnyer... moga Allah SWT beri perlindungan kepada mereka...mereka tidak berdosa...

    Kepada yg ada anak tu jaga lah baik-baik. Anak adalah anugerah yg tidak ternilai. Marah macam mana sekalipun mereka tidak faham kerana mereka adalah kanak-kanak...

    ps: klu jumpa rs mcm nak amik bwk blk, bg mandi, bg makan, bg baju then antr kt rmh kebajikan kanak2...

    Thursday, April 15, 2010

    Bantal Wonderpets

    Sejak lahir Aimy x penah ader bantal busuk...tp sejak seminggu lepas, tok ayah belikan bantal wonderpets ni...terus jadi bantal busuk kesayangan Aimy...

    Lepas ni kena beli lg 1... rmh Aimy 1, rmh Tok yah 1... x pyh la nk usung sana sini...

    Cantik kan... kwn2 nak x?... nti Aimy wat biz jual bantal 'pets' ni dlm blog...hehehe...

    Tuesday, April 13, 2010

    Mama punya pulak...

    Hari tu Aimy dah dpt... Now mama punya turn la pulak... hehe


    TQ sayang... muahhhhhh :)

    Wednesday, April 7, 2010

    MomCare Sales

    Date: 07 - 11 April 2010
    Venue: Lobby Ampang Point




    Monday, April 5, 2010

    Ilham Resort Port Dickson

    Date: 03 - 04 April 2010


    Main Entrance
    Nice view from balcony

    Ruang tamu, dapur & dua dari 4 bilik semuanyer

    Celebrate Aisyah's Birthday - 4 Years Old

    Mewarna...acara mlm bg kanak2...yg dewasa layan AF (pompuan) & Bola (lelaki) :)

    Dkt pool - Aimy sgt excited & enjoy... sampai kepenatan balik bilik mandi terus trtido...

    My Big Family - Semua ader kecuali Ayah & Abang...dorang x ikut...

    Thursday, April 1, 2010

    Aimy Berkebun

    Dah lama Aimy x update entry baru...sajer je nk biarkan mama iklan kan kain sutera dia tu lama sket... moga mama berjaya dlm biz mama yer...

    Hari ni Aimy nk tunjuk sket salah satu xtvt Aimy hari2 kt rmh mak tok... Tiap2 hari Aimy akn membantu tok ayah membersihkan halaman rumah & berkebun... Disini Aimy nak tunjukkan cara2 menanam pokok bunga...

    Bahan2 yg perlu ader ialah pasu yg berisi tanah, penyedok & bunga...

    Caranyer mudah sajer...cuma gunakan penyedok sambil kuis2 tanah di dlm pasu & letakkan aper2 pokok/bunga yg hendak ditanam...

    Blh lakukan sambil...


    berdiri

    mencangkung

    Dannn...sambil duduk terus jer di atas lantai/tanah/simen...

    Sekian...Slmt mencuba kwn2...



    p/s: Aimy pakai seliper sebelah lain sebelah lain laa... ni jgn tiru ye kwn2... :)

    Thursday, March 25, 2010

    Bila mama berniaga

    Saya kini seorang usahawan yg berjaya....oppsss...belum berjaya lg...saya baru saja berjinak2 dgn perniagaan kecil2lan menjual kain sutera crepe dari terengganu... Alhamdulillah dari 11 pasang saya berjaya menjual sebanyak 7 pasang...semua ni saya jual dikalangan kwn2 ofis jer...

    Agak2 laku x klu saya nk memperkembangkan biz saya ni melalui blog? maklumlah kain sutera kan mahal... ofis saya ni pun staff xdelah ramai sgt... x kan dorang nk beli selalu pulak... tp saya dah google...dah ramai org jual sutera melalui internet...kang x laku la pulak...ishh...takut nk tanggung risiko pulak saya ni...last2... saya buat baju utk sendiri...hari2 pegi keje pakai sutera...mcm mak datin pulak...hehe...


    Thursday, March 18, 2010

    Kamus Bahasa Aimy... Part 1

    1. Abah = Abah
    2. na nak = nak & tak nak (dua2 bunyi sama je)
    3. tat = cat
    4. bird = bird
    5. ishhhh/syyyy ( tak tau nk eja camner) = fish
    6. top = tutup



    Itu je yg dpt dikesan setakat umur 1 tahun 4 bulan 9 hari... masih menuggu Aimy sebut mama... bila nangis nk tdo kadang2 ader jugak bunyi maaaaaaa... kdg2 ntah aper2 dia sebut... huhu... xpelah 6 words tu pun dah bagus sbb sebelum ni mama risau 1 perkataan pun dia x pandai sebut.... Alhamdulillah new improvement... go go babe... love u....


    opss... tertinggal 1

    7. aimy dah pandai sebut "nak airrrr"...... :)

    Tuesday, March 16, 2010

    Cerita Hari Sabtu

    Hari ni Aimy nak cte xtvt Aimy hari sabtu lepas... Hari tu Aimy ikut mama & abah gi workshop... antr kete mama utk repair...sbb aper kene repair suruh mama aimy cte sndri... dia tu skrg pemalas nk update blog...

    Lepas antr kete kt workshop, kitaorg g mkn kt BBQ chicken kt dlm Wangsa Walk... Aimy mkn french fries & air suam je....sedapnyer sampai nk trpejam mata...


    Lepas mkn... Aimy pegi kt tingkat atas... kt ctu ader mcm2 games... Aimy masuk kt tmpat utk budak2 punya... tp kt cni x byk mainan lah... tp Aimy enjoy jugak lahhh...

    Posing sket kt kuda2 ni... perasan x aimy dah tukar baju... mula2 aimy pakai baju merah... tp bju tu abis basah masa mkn td...

    Masa odw balik nk ke car park... ader lak Astro buat promosi cte katun terbaru dorang... nama katun tu ialah 'STITCH'... kwn2 penah tgk x? Aimy x tgk lg...

    Dpt free bergambar... gmbr dpt masa tu jugak... tp smpai skrg aimy x dpt tgk gmbr tu...mama sorok takut aimy koyakkan... Aimy takut2...mama & abah yg over posing...



    Itu jelah cte hari sabtu Aimy...hari ahad Aimy g Titiwangsa... seronok main kt playground...
    Skrg Aimy tgh pk weekend ni nk gi mana pulak yer.... kwn2 ader idea x? :)

    Friday, March 5, 2010

    Basikal Baru

    Hi kwn2...lama Aimy x bersiaran, mgu lepas Aimy blk kg abah kt kemaman trgu... 6 hari kt saner... laptop comel Aimy trtgal la pulak...so Aimy x dpt nk update blog...

    Xde cte menarik sgt pasal Aimy masa kt kg... sbb seminggu kt sner aimy kena selsema...cuma yg menarik Aimy nk cte ialah...Aimy sempat pau abah & mama suruh dorang beli basikal kt Aimy.... dpt gak basikal idaman ni...walaupun mula2 mama x nak beli sbb susah nk bwk blk kl...takut x muat kete... tapi akhirnyer aimy gunakan skill yg belum penah aimy gunakan sebelum ni....iaitu meronta2 x nak dok dlm kete... akhirnyer mama & abah mengalah jugak...hehe...lain kali leh buat cmtu lagi...

    jom arr tgk basikal baru Aimy ni... ader lagu2... blh nyanyi2 sambil mengayuh basikal... sebenarnyer Aimy x reti kayuh lagi, mama yg kena tolak :)



    oppsss!!polis tahan laa... lesen xde... :)


    Tuesday, February 23, 2010

    Aimy Bersanding

    Hari ahad lepas, Aimy naik pelamin... tp maaf lah sbb x dpt jemput aunty & kwn2 semua... sbb ni semua bukan kerelaan Aimy...mama yg paksa...huhu...


    Pengantin tecik... pengantin laki mana?.... :)


    ^
    ^
    ^
    ^

    Hehe..tu sanding olok2 jerr... Aimy tumpang naik pelamin masa pengantin sibuk layan tetamu... so jgn frust ye semua admire2 Aimy... ader masa lagi nk cuba nasib... :)

    Pose kt bwh jelah....Pengantin betul2 ada kt atas pelamin belakang tu...

    Curi2 pose dpn pelamin ms pengantin xde... ader gaya pengantin pose x?

    Ni Aimy nk nyanyi karaoke kt belakang tu...tp mama x bg...takut hujan...

    Hafiz & Fara Hana

    Nilah pengantin sebenar... ofismate Abah & Mama...
    Slmt pengantin Baru...Semoga Bahagia & kekal hingga akhir hayat.

    Krochetshop 1st GiveAway

    GiveAway pertama yg sy nk join utk tahun ni... Syaratnyer sgt simple...


    1. Tulis entry bertajuk Krochetshop 1st GiveAway.
    2. Letak banner di sideboxes dan link kan kepada




    3. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan


    Tarikh tutupnya on 11 Mac 2010 sempena besday tuan kedai yg ke -2x

    Hadiahnya :



    Pemenang boleh request warna hat ni nanti



    Menarikkan hadiahnyer.... Jom kwn2 kita ramai-ramai meriahkan giveaway ni...

    Friday, February 19, 2010

    Happy 1st Anniversary

    Hari ni blog permatahati-babyaimy ni dah berumur 1 tahun...
    Jap jer kan...dari Aimy br umur 3 bulan... skrg dah pun 15 bulan...
    Dari dulu sampai skrg background x penah tukar2...
    bukan x mau tukar...tapi x tau...
    Al maklumlah blog ni pun mummy ayra yg buatkan dr jauh...
    Saya tau post entry jerr....nk godek2 bljr mcm (malas) xde masa jer...
    Ntah2 esok Aimy besar dia yg tukarkan...hehehe...

    Pada pembaca2 blog ni...diucapkan t.kasih...
    Kalau ader yg terasa aper2 ker... sakit hati ker... dgn aper yg dah trcoret disini...
    Saya mintak maaf byk2 ler...
    kehadiran blog ni sekadar suka2 utk mengisi prkembangan buah hati kecik saya...
    Harap ianya tidak mengganggu ketenteraman saper2...

    Ok...itu jer lah... Happy Weekend semua.... babai...


    Entry x berseri tanpa gambar tuan tanah kecik ni... tuan tanah nk gi mandi jap... nk ikut jom arr... :)



    p/s: kata ganti nama dah bertukar kepada saya i/o aku sebelum2 ni...hehe...