Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 21, 2011

Shopping@Singapore

Mustafa Mall, Singapore
09.04.2011


Tgklah si kecik yg rambang mata bila nampak baju Dora...
(troli kt belakang tu bukan kami punya yerr)

Dah dpt baju dora, terus pegang...heret sambil jln... sampai mama nk tlg pegang pun x bagi...

Banyak betul baju2 kt sini...cuma sempat shopping disini sahaja...kesuntukan masa + hujan lebat... x dpt jln byk tmpat...



Hasil rembatan = 4 pasang baju utk Aimy + Fridge Magnet sahaja.

Monday, April 18, 2011

Puding Jagung terbaik dari ladang :)



Resepi (utk 15 org mkn) :

  • 1 paket tepung custard (saya guna jenama birds custard)
  • 1 tin Jagung (cream style)
  • 1 biji santan (saya beli santan yg siap diperah & masukkan dlm tin jagung, tambah air smpai penuh, masuk dlm kuali dan tambah lg 4 tin air (disukat dlm tin yg sama)
  • 1 tin susu cair
  • 20 sudu besar gula

cara:

  • Sediakan loyang/bekas ats meja trlebih dahulu supaya bila puding dah masak blh cepat2 masukkan kedalam loyang masa panas2.
  • Sediakan kuali besar diatas dapur. Jgn bukak api lg, masukkan jagung, susu cair, santan, gula dan akhir sekali tepung custard. Bila semua dh ready dlm kuali br bukak api kecil je nti takut cpt hangit) kacau sampai masak(jgn brhnti)... Nak tau bila dh masak ialah bila ia mula keluar buih2 meletup... biar masak lama sikit pun xpe... baru susah nk basi... masa ni mmg penat sikit lah nk kacau...lama jugak sbb x blh bukak api kuat... bila dah tutup api cepat2 masukkan ke dalam loyang/bekas. Tgu sampai sejuk baru potong.
  • Tips nk bg puding tu cantik berkilat... bila masukkan dlm loyang/bekas jgn ratakan pakai senduk... dari kuali td...terus tuang dlm bekas & goyang2 je bekas tu klu nk bagi rata... masa ni mungkin seorang pembantu diperlukan...sbb kuali tu berat... pembantu td blh tlg tarik2 bg keluar puding tu dr kuali menggunakan senduk. (phm ke...susahnya nk buat ayat) hehe..

Selamat mencuba... resepi ni utk ramai org... blh buat utk bagi jiran tetangga atau masa buat jamuan makan2 di rumah...

Wednesday, April 13, 2011

Harga sebiji buah durian adalahhhhh.....

Harga Asal: Ringgit Malaysia 43.00
Harga selepas tawar menawar: Ringgit Malaysia 38.00 Tunaiiiiiii

Dan peneka yg berjaya meneka hampir2 tepat adalahhhhh...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Dan seperti yg dijanjikan hadiahnya adalah FM dr luar Negara iaitu: SINGAPORE
hehe... luar negara lah sgt yer... Singapore jer... belum mampu nk sampai ke Paris lagi... :)




Tahniah Eliss, Nanti drop address kt email saya yer : cutebaby1177@yahoo.com

Cerr teka...Cerr teka :)

Hari ni nak main teka teki teka tekuk sikit...
Kalau korang bijak bistari...berapa agak2nya harga sebiji buah durian dibawah ni?...Cer teka cer teka....

Pada peneka yg trpantas & tepat atau hampir2 tepat, akan menerima hadiah berupa Fridge Magnet dr luar negara :) sila bg jawapan di ruangan komen sebelum 12 tghari 14.04.2011


Wednesday, April 6, 2011

Passport dah ready... Kemana destinasinya? :)

Weekend ni kami akan ke luar negara... :) (cam jauh jer bunyinyer)
Passport baru sibuk pegi buat hari sabtu lepas...
Nasib sistem & teknologi skrg dh canggih... 1 jam jer dh siap...



Ni passport budak comel rambut kerinting, mata bulat, hidung kemek...hehe... cucu pakistan cmner ni...hidung dh lari sikit... mungkin sbb dah campur dgn mama yg berdarah Melayu, Siam, Jepun (tipu) yg dpn sekali tu jer betul... :)




Destinasinya???... Balik nti la br bgtau yer... yeayyy... we are ready for the vacation :)

Tuesday, March 29, 2011

Fisher Price online Games & Activities

Tgh godek2 internet trjumpa link ni ... Mcm best je... blh ajar Aimy buat exercise melalui ni...


"Play and learn with your child online! Our online games and learning activities are a great way to spend quality time with your child. Have fun with these online activities, and remember: whether your child is an infant, toddler or preschooler, it's important to let him learn at his own pace! "




Thursday, March 24, 2011

Tips: Anak2 mendengar kata, cerdik & lembut hati

Sumber: Dari Email

Sekadar kongsi dgn pembaca dr email yg saya dpt...

Keberkesanannya tidak dpt dipastikan lg...sbb belum cuba buat...
InsyaAllah benda baik elok diamalkan...



Semalam, sabtu..saya anak beranak temankan adik saya bawak anak dia gi Darussyifa'.

Anak dia asyik menangis siang malam tak tau sebab apa..nak kata sakit perut tak jugak, lapar..tak jugak. Tapi kalau tak silap saya dia pernah cakap yang anak dia tu terkena gangguan di rumah sewa diorang..(ni ustaz yang cakap..tapi bukan ustaz Darussyifa')
Kita ni biar ada usaha, lepas tu tawakkal..berserah padaNya. Hanya DIA yang tahu kenapa baby adik saya tu macam tu kan.

Kebetulan dah pegi sekali, saya & hubby pun amik kesempatan la minta ustaz kat situ tengok2kan hannan & nuha. Tapi ustaz kata nakal2 biasa jer..budak aktif tu tandanya dia sihat & cerdik (ni ustaz yang cakap ok..bukan saya memandai-mandai)

Yang paling best dan yang saya nak kongsi ngan korang semua ni, ustaz sempat bagi tips macamana nak bagi anak2 dengar kata, cerdik & lembut hati.

Caranya, tadah air sisa wudhuk kita start dari solat maghrib, isya', subuh, zuhur dan asar keesokan harinya. Ibu yang kena buat tau, bukan ayah.. Air sisa wudhuk tu maksudnya air yang jatuh/terkena anggota wudhuk kita termasuk air masa berkumur..So air yang ditadah tadi dijadikan air mandi untuk anak/anak2..

Ustaz tu kata kesannya akan nampak selepas 21 hari..tapi kalau buat lagi kerap lagi baik. Dia kata untuk ibu2 yang bekerja, boleh start dari maghrib hari jumaat then lepas asar tu dah boleh mandikan anak dengan air tadahan tadi.

Mungkin ada yang dah pernah dengar tips ni..kita try la kan mana yang baik. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik..mendengar kata & cerdik. Insyaallah...

P/s: Saya selalu tertanya-tanya..anak aku sorang jer ker yang aktif macam ni?? Tapi bila tanya kat kawan2 rupanya anak diorang pun sama..terus legaaa hati ini ;)

p/s/s: Ustaz jugak pesan, kalau2 anak kecik kita (baby) asyik menangis sedangkan dia sihat & tkde gangguan, cuba ingat2 semula kalau2 ada nazar yang tak tertunai. Contohnya kalau2 ayah, ibu or datuk nenek dia ada bernazar klu dapat baby nak puasa ke..nak botakkan kepala ke.. Nazar yang tak tertunai jugak boleh jadi sebab kenapa baby kita asyik menangis..dia nak bagi signal bahawa kita masih 'berhutang' nazar.

Sunday, March 20, 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com


Last minit berjaya gak submit entry...
Siap buat photoshoot khas kt rmh lg sbb nk joint contest ummi Nuha ni... :)
Bukan senang nk tgkap gambar ank dara sorang tu...
Memandangkan Nuha kwn baik Aimy sejak tertubuhnya blog ni...
Aimy join contest ni sebagai tanda sokongan...






Kategori: Perempuan
Nama anak : Nur Aimy Marissa
Umur anak : 2 tahun 4 bulan


Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com ditaja oleh:

Diaper Cakes by ShilaShower












Tuesday, March 15, 2011

Aimy : 2 Tahun 4 bulan

  • Dah pandai buat ayat bila berckp...
  • Dah blh kira & kenal number one - twenty
  • Dah kenal byk jenis colour... Red, Blue, Green, Black, White, Yellow, Purple, Orange
  • Dah kenal byk jenis binatang termasuk bunyinyer sekali...
  • Dah kenal byk jenis shapes - Circle, Square, Triangle, Diamond, Star, Love.

Latest photo - taken on 5.3.2011

Senyuman paling manis dr Aimy utk semua pembaca blog permatahati-babyaimy


* Just want to keep this as a record for her education improvement

Tuesday, March 1, 2011

INFO: Mengira Waktu Subur Wanita

Sumber: Dari email

Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.


Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!



Monday, February 28, 2011

1 hari je lagi....Tp liat betul nk buat....

Apa yg 1 hari lg tu??...
Ganti Puasa laa... :-) Tinggal lagi sehari je...
Last buat hr tu dlm bln 12 kot...klu x silap...
Sbb tinggal lg sehari...ingt bila2 je blh buat...
Tp penyakit malas melanda...
Sampai skrg x terbuat...
Ingt nk mkn jer... tu yg susah...

Esok dh masuk bln 3... lg 5 bulan nk puasa...
Dlm kepala dh pk nk cari baju raya sket2...
Apa2 pun nk ganti puasa yg 1 tu dulu...
InsyaAllah mgu depan... MESTI BLH BUAT... :)

Korang dah ganti???



Gambar yg tiada kaitan dgn entry...


Gedik santai masa di PNB Darby Park hr tu... Aimy yg x sporting... x nak pndang kamera...

Wednesday, February 23, 2011

Selamat Hari Lahir MakTok

23.02.2011, Hari ni adalah birthday Mak saya yg ke 60... dah masuk 6 series dah rupanya... dlm usia mcm ni sepatutnya maktok dh blh berehat & beribadat dgn tenang... tp disebabkan kena jaga cucu yg sorang tu... masa2 rehat maktok agak terbatas sket... di tambah pulak dgn kerja2 seorg 'pengurus rmh tangga' yg mmg x pernah2 habis... Walaupun maktok x pernah merungut ... menjaga cucu dgn penuh ikhlas... Kadang2 rs sedih & serba salah bila tgk air muka maktok yg penat bila amik Aimy masa blk kerja...tp x blh nk buat apa2... Aimy bukan nk dgn org lain... Pernah cadangkan utk ambik maid & tglkan kt rmh maktok bila saya pergi bekerja... tp maktok x nak... x biasa ada org luar katanya... Kesimpulannya klu ada baby lagi lepas ni...kenalah cari altenatif lain... cukup-cukuplah menyusahkan maktok...

Terima kasih Ya Allah, karana telah menganugerahkan seorang ibu yang penuh dengan cinta dan kasih sayang tiada tara padaku…Sayang ibu hingga ke akhir nyawaku...



Selamat Hari Lahir buat Ibuku tercinta... Faizah bt Saad...
Semoga Allah SWT merahmati perjalanan umurmu & sihat2 selalu...


Ibu,

jasamu tiada terbalas...
jasamu tada terbeli...
jasamu tiada akhir...
dan jasamu terlukis indah didalam syurga...

(petikan puisi ibu oleh ikbal oktaviansyah)

Tuesday, February 22, 2011

Best nya klu bangun tdo jer nmpk kolam renang besar dpn mata...

Ini cerita yg dh agak nk basi...
12.2.2011 Kami selagi lagi ke Ilham Resort PD...
Tahun lepas pun pergi jugak... Nak baca sila klik disini
Masa tu Aimy baru 1 tahun 5 bulan...
Skrg Aimy dah 2 tahun 3 bulan... Tempat tu masih x berubah...Aimy je dh berubah... dulu xde rambut...skrg rambut dah banyak... :)

Dulu duduk tkt Atas (x ingt tkt brp) Sgt besar, ada 4 bilik...
Skrg duduk bilik betul2 dpn pool... kecik sket dr dulu, ada 3 bilik... blh la sbb kali ni pegi x seramai dulu...

Ilham Resort ni milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) Oleh sbb kakak saya sorang staff PNB... maka dpt staff rate RM90 shj 1 mlm... klu utk org luar...agak mahal jugaklah... more info leh goggle kt website dia...





Budak baru bangun tdo... engine lum panas lg utk terjun kolam... tgk2 kakak & Syifa je mandi... Engine dah panas baru tukar baju & join the club...

Nampak x anak panah merah tu...tulah bilik kami...


Ni saja gambar yg ada... gmbr terjun kolam xde... tgkp guna hp shj... tkut rosak kena air... x nk sejarah kemera rosak berulang...



ps: klu nak rmh ada pool dpn mata kena duduk apartment/kondo...tp saya x minat rmh tgi2...

Monday, February 21, 2011

Puding Roti Pandan

Jamu mata di pagi isnin...
1st time buat puding roti...
Sebelum buat...siap goggle dulu...cari resepi...
Byk version rupanya puding roti ni...
Akhir sekali pilih puding roti pandan ni sbb rmh mak byk daun pandan...


Maka....Inilah rupanya...

Klu letak pewarna hijau lagi cantik... tp sbb pewarna takde... so kaler hijau x berapa kelihatan... tp rasanya blh tahan, wangi daun pandan 1 rmh & blh diperbaiki lg mengikut citarasa sndri...ni trlebih santan...agak lembik sket...mr hubby ckp rs mcm kuih bakar... Nti nk cuba puding roti resepi lain pulak... :)

Thursday, February 17, 2011

Bila kamera takde... tak tau nk update apa + takde mood

Comei x saya masa peknen Aimy dulu... ni masa 6 bln...


* Apa motif letak gmbr masa peknen ni???... :) hentam jelah labu...asalkan ber update...

Wednesday, February 9, 2011

Tips: Anak kecik menangis kena usik

Sumber dr email.

1. Kalo berjalan jauh (especially ngan budak kecik), jgn terus stop di destinasi yg dituju (rumah, hotel, etc..). Singgah dulu mana2 tempat sbb takut ada bende ngikut (tak kira siang/mlm). Masa singgah tu, amik seketul batu/ sehelai daun, selawat & cakap "Jangan ikut kami/aku, ikut daun/batu ni". Then baling batu/daun tu, & teruskan perjalanan ke destinasi..

2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'bende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.

3. Satu lagi tanda ada 'bende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.

4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)

5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'bende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.

Lain2 tips yg boleh dikongsi:
1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu

2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.

3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.

Wednesday, February 2, 2011

Bila kita hanya merancang tapi ALLAH yg menentukan

Sepatutnyanya skrg ni kami dlm perjalanan pulang ke kg... or mungkin dah sampai pun.... tp hakikatnya skrg ini saya berada di ofis... huhu... yerr!!! saya tgh bekerja & x jd bercuti pnjng di kampung... percutian terpaksa ditangguhkan... mungkin mgu dpn or 2 mgu lg br berkesempatan utk balik...

So 4 hari cuti nk pegi mana lorr... Abah Aimy keje pulak... nk pegi beraya...xde pulak kwn2 cina yg betul2 rapat... dok rmh layan tv jelah nmpaknyer...


The cousins - Aimy & Nadhiya
x dpt jumpa Nadhiya hr ni... kita jumpa lg 2 mgu yer...


Monday, January 31, 2011

Weekend kami...

PNB Darby Park
Check in: 29.01.2011
Check out: 30.01.2011


Weekend kami 2 hari 1 mlm, adalah bermalas-malaskan diri dgn bersantai di PNB Darby Park. Dgn cuaca yg mendung & hujan bersama angin sepoi2 bahasa... tarik selimut di dalam hotel adalah sgt menyenangkan... Sampai Aimy x nak blk rmh... katanyer "tak nk blk rmh Aimy...nk tdo hotel"... sungguh bijak...br 2 tahun 2 bulan sudah pandai demand nk tdo hotel... saya dulu masa umur 2 thun...hotel pun x tau apa benda...hehe...itulah perbezaan budak zaman dulu & kini... Peredaran masa & zaman menyaksikan byk perubahan, bukan saja dr segi fizikal tetapi juga dr segi mental...

Tiada gmbr utk dikongsi sbb kamera kesayangan saya tlh rosak ats sebab2 trtentu... huhu... tak blh ckp byk sbb nti sy sedih...terus x nk update blog berbulan2...(iye ke ni... :) )

Oklah itu jer nk dicoretkan... esok cuti...yeayyy... Nak mengemas rmh...kain baju yg dah mcm gunung everest x berlipat & yg penting nk pack baju & brg2... hr rabu pagi nk bertolak blk kemaman... Dah 3 bulan x blk... Mr hubby dh hari2 mimpi nasi dagang... hehe...

Ada saper2 nk kirim kepok lekor?? :)

Friday, January 28, 2011

Thursday, January 27, 2011

Saya pun dah register heartbeat...hehehe



Pada yg belum tau...HEARTBEAT ni ialah satu sistem pengiklanan yg lebih kurang sama mcm NUFFNANG... Blh dpt duit, RM2 klu org register HEARTBEAT dr blog kita & RM0.04 per klik utk iklan2 HEARTBEAT... walaupun nmpk sikit tp klu dah ramai yg klik sure lama2 jd byk...apa yg penting HEARTBEAT TIDAK AKAN MENJEJASKAN STATUS GLITERRATI DALAM AKAUN NUFFNANG ANDA...

Apalagi kwn2...Jomlah ramai2 register...klik kt banner HEARTBEAT kt atas tu & follow arahan seterusnya...

Utk tutorial yg lebih mendalam blh pergi ke blog Anje. Rajin Anje ni buat tutorial yg panjang lebar tu utk tlg semua. Klu ada sesiapa yg register or klik melalui blog ini sila bgtau yer... Nti saya akan return klik pula... TQ in advance.

Tuesday, January 25, 2011

Limau oh limau...

Pic: credit to elaira.fotopages.com


Mcm biasa... tiap2 tahun bila Chinese New Year... kt ofis ni msti dpt byk limau... Klu dpt yg betul2 manis... sekali mkn 3-4 biji pun blh... akibatnyer lepas tu rs mcm sakit tekak...tp x serikkk...sbb limau ni setahun sekali jer... lepas ni dh xde... ader sape2 x dpt limau? meh cni sy bg sorang 2 biji...hehehh...




p/s: agak2 CNY thun ni ader x dpt angpau terpijak... :) Nk beli h.phone br ni... h.phone skrg dh nyawa2 ikan lorrr...

Monday, January 24, 2011

Tips: Mengajar anak mengemas barang mainan

Klu mama ckp... "Aimy!!!...kemas blk mainan Aimy masuk dlm box" maka sampai esoklah mainan tu masih tunggang langgang di situ... tp bila mama ckp... Aimy, jom kita kemas mainan & nyanyi lagu 'clean up'... dgn pantasnyer dia kutip mainan & masuk dlm box... sungguh berkesan & menakjubkan... kuat pengaruh barney dlm diri Aimy... :)

Lirik lagu:

Clean
up clean up everybody everywhere.
Clean up clean up everybody do your share.
Clean up clean up everybody everywhere.
Clean up clean up everybody do your share.

Ulang sampai semua mainan habis dikemas & Jgn lupa setakan puji pujian & ciuman bila kerja telah dibereskan.


Clever Girl!!!...Give Me 5


Sekian, Selamat Mencuba.

Wednesday, January 19, 2011

INFO: Cara potong kuku mengikut sunnah Nabi

Sumber dr email.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Tuesday, January 18, 2011

Our 1st Vacation in 2011 - Part II

Day 2

Xde xtvt utk 2nd day... lepas check out pkl 12.30, terus ke gohtong jaya utk b.fast cum lunch... mula2 ingt nk singgah strawberry park...tp ms tgh mkn hujan lebat pulak...so cancel... Next time la pg strawberry park ni... sbb genting dkt je dgn rmh...

Sebelum balik haruslah ada gmbr sekitar hotel yg cantik ni...

3 of us




tgk Aimy!!...puas suruh dia tgk kamera... kejap kekiri kejap kekanan kepala tu...





Pucat muka mama... trtinggal lipstik...maka jadilah natural beuty sepanjang di genting hr tu... :)


Bye Bye Genting...

Next vacation:

  • PNB Darby Park - Anytime - dpt voucher ms dinner hr tu
  • Ilham Resort PD - 12.2.2011
  • Gambang Resort - No date yet
  • Bali - No date yet
last but not least
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
PARIS ............................hahaha.... (dlm mimpi)

Our 1st Vacation in 2011

Awana, Genting Highland
13 - 14 January 2011

DAY 1ST


Baru Sampai, Aimy jd Penyambut tetamu..."Welcome to Awana, Genting Highland"

Tgh bersiap nk naik ke puncak genting

Menunggu shuttle bus utk ke Cable Car


Dalam cable car






In door sahaja...Outdoor x pegi pun...



Dah turun... Posing jap sementara tgu Abah park kete...

Double deluxe Room...Sgt selesa...



Next...Day 2