Friday, August 26, 2011
SALAM AIDILFITRI...1432hijrah
Thursday, August 18, 2011
Kuih raya peberet sejak azali... :)
Oh yer, semoga mak lang cpt sembuh dr penyakit kencing manis... Amin.
3. Kuih samperit/Dahlia - Sama mcm kuih tart, pantang nmpk kt rmh org... msti nk rs... klu sedap mkn sambil pegang balang... klu x sedap 1 dah cukup :)
Rasa2nya itu je kot... Kuih2 moden skrg x brp minat... blh la mkn...cuma feel tu kureng sket mcm mkn 3 kuih diatas...
U all pulak apa kuih raya paling peberet???
p/s: Pada sesiapa yg ada tiga2 jenis kuih di atas ada berani ke nk jemput sy dtg ke rumah... :)
Thursday, August 11, 2011
INFO: Petua Puasa
PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul, baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal, baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji Sebelum makan, bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.
Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam
SUMBER: E-mail.
Wednesday, July 20, 2011
20.07.2011 - 4th Anniversary
Alhamdulillah…Semoga mahligai indah ini terus kekal hingga ke hujung nyawa dan semoga kita sama2 dpt menghiasinya dgn iman & taqwa agar rumahtangga kita lebih mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya
Tuesday, July 5, 2011
Dah daftar sekolah untuk anak?
Saya tak pernah terfikir lagi... yg saya fikir tahun depan nk antar Aimy ke Smart Reader atau CIC (Children Islamic Centre) Hinggalah pada suatu hari, kawan saya tanya....
Kawan: Maza, dah daftar ke nama anak untuk darjah 1 nanti?
Saya: Belum, nape?
Kawan: Umur 4, 5 tahun dah kena cpt2 daftar... takut sekolah tu penuh, klu penuh dorang akan antar ke sekolah lain yg mungkin jauh dari rumah, so kena decide dari sekarang nk duduk mana & sekolah kan dekat mana...
Saya: Betul jugak tu... x penah terfikir pulak sbb rasa anak kecik lg... heheh
Korang mcm mana? pernah terfikir x benda ni?
Dilema:
Tak blh decide lg nk sekolahkan kt mana...sbb tak tau lg nk tgl kt mana masa Aimy darjah 1... Gombak (rmh sewa skrg) atau Bukit Jalil (rmh sendri yg disewakan kt org)
Sayang nk pindah sbb Gombak dkt dgn rumah mak... Senang nak antar Aimy untuk mak jaga & Blh tdo rmh mak bila hubby keje mlm... tak la takut sgt bila tgl berdua je dgn Aimy.. Dalam masa yg sama tak sabar nk duduk rumah sendri... best tgk org hias rumah sndri cantik2... Duduk rmh sewa nk beli perabut & brg2 pun xde mood... takut bila nk pindah susah bwk brg byk2... huhu...
8 May yg lepas :)
Thursday, June 23, 2011
Laman sesawang
Sebelum makin byk sawang2 tu membiak... adalah lebih baik saya tepek beberapa keping gambar budak tecik yg dh smkin membesar dgn bijak & tambah mengade2 ni... :)
Cian Aimy...lama dah x rekod Aimy punya perkembangan dalam ni... Aimy skrg dh 2 thun 7 bln...dh pandai mcm2 skrg... ABC pun dah hafal & kenal semua huruf2...now tgh belajar Alif Ba Ta... ni pun dah hampir2 past... Alhamdulillah moga Aimy terus terang hati & jd anak yg berjaya di dunia & akhirat... Amin.
Friday, May 20, 2011
Aimy's 1st Art with water colour
K jom layan seni 'keras tgn' kami... :)
Sekian, happy weekend :)
Wednesday, May 11, 2011
INFO: 16 Fakta menakjubkan bayi baru lahir
· Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
· Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
· Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
· Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
· Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
· Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
· Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
· Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
· Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
· Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
· Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
· Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
· Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
· Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
· Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
· Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Skrg klu tunjuk gambar dia masa baby... x penah dia mengaku tu dia... dia ckp " bukan Aimy tu baby" :)
Thursday, May 5, 2011
Seiring & Sejalan.
Lama tul x update blog... Alasan??? MALASSS.... :)
Syifa ni tua sebulan lebih dari Aimy... tp since umur 2 tahun 4 bulan mak dia dh ajar diaper free...now cuma pakai mlm utk tdo & jln2 jer... nk 'poo poo' pun dah pandai bgtau... g toilet duduk mcm org besar... Aimy bilalah nk start ajar diaper free... nk mulakan tu letih la sikit...asyik kena lap lantai jelah kan... sian pulak maktok nti... tgu dkt2 3 tahun lah...
Thursday, April 21, 2011
Shopping@Singapore
09.04.2011
(troli kt belakang tu bukan kami punya yerr)
Hasil rembatan = 4 pasang baju utk Aimy + Fridge Magnet sahaja.
Monday, April 18, 2011
Puding Jagung terbaik dari ladang :)
Resepi (utk 15 org mkn) :
- 1 paket tepung custard (saya guna jenama birds custard)
- 1 tin Jagung (cream style)
- 1 biji santan (saya beli santan yg siap diperah & masukkan dlm tin jagung, tambah air smpai penuh, masuk dlm kuali dan tambah lg 4 tin air (disukat dlm tin yg sama)
- 1 tin susu cair
- 20 sudu besar gula
cara:
- Sediakan loyang/bekas ats meja trlebih dahulu supaya bila puding dah masak blh cepat2 masukkan kedalam loyang masa panas2.
- Sediakan kuali besar diatas dapur. Jgn bukak api lg, masukkan jagung, susu cair, santan, gula dan akhir sekali tepung custard. Bila semua dh ready dlm kuali br bukak api kecil je nti takut cpt hangit) kacau sampai masak(jgn brhnti)... Nak tau bila dh masak ialah bila ia mula keluar buih2 meletup... biar masak lama sikit pun xpe... baru susah nk basi... masa ni mmg penat sikit lah nk kacau...lama jugak sbb x blh bukak api kuat... bila dah tutup api cepat2 masukkan ke dalam loyang/bekas. Tgu sampai sejuk baru potong.
- Tips nk bg puding tu cantik berkilat... bila masukkan dlm loyang/bekas jgn ratakan pakai senduk... dari kuali td...terus tuang dlm bekas & goyang2 je bekas tu klu nk bagi rata... masa ni mungkin seorang pembantu diperlukan...sbb kuali tu berat... pembantu td blh tlg tarik2 bg keluar puding tu dr kuali menggunakan senduk. (phm ke...susahnya nk buat ayat) hehe..
Selamat mencuba... resepi ni utk ramai org... blh buat utk bagi jiran tetangga atau masa buat jamuan makan2 di rumah...
Wednesday, April 13, 2011
Harga sebiji buah durian adalahhhhh.....
Harga selepas tawar menawar: Ringgit Malaysia 38.00 Tunaiiiiiii
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hehe... luar negara lah sgt yer... Singapore jer... belum mampu nk sampai ke Paris lagi... :)
Cerr teka...Cerr teka :)
Kalau korang bijak bistari...berapa agak2nya harga sebiji buah durian dibawah ni?...Cer teka cer teka....
Pada peneka yg trpantas & tepat atau hampir2 tepat, akan menerima hadiah berupa Fridge Magnet dr luar negara :) sila bg jawapan di ruangan komen sebelum 12 tghari 14.04.2011
Wednesday, April 6, 2011
Passport dah ready... Kemana destinasinya? :)
Passport baru sibuk pegi buat hari sabtu lepas...
Nasib sistem & teknologi skrg dh canggih... 1 jam jer dh siap...

Destinasinya???... Balik nti la br bgtau yer... yeayyy... we are ready for the vacation :)
Tuesday, March 29, 2011
Fisher Price online Games & Activities

Thursday, March 24, 2011
Tips: Anak2 mendengar kata, cerdik & lembut hati
Sekadar kongsi dgn pembaca dr email yg saya dpt...
Keberkesanannya tidak dpt dipastikan lg...sbb belum cuba buat...
InsyaAllah benda baik elok diamalkan...

Anak dia asyik menangis siang malam tak tau sebab apa..nak kata sakit perut tak jugak, lapar..tak jugak. Tapi kalau tak silap saya dia pernah cakap yang anak dia tu terkena gangguan di rumah sewa diorang..(ni ustaz yang cakap..tapi bukan ustaz Darussyifa')
Kita ni biar ada usaha, lepas tu tawakkal..berserah padaNya. Hanya DIA yang tahu kenapa baby adik saya tu macam tu kan.
Kebetulan dah pegi sekali, saya & hubby pun amik kesempatan la minta ustaz kat situ tengok2kan hannan & nuha. Tapi ustaz kata nakal2 biasa jer..budak aktif tu tandanya dia sihat & cerdik (ni ustaz yang cakap ok..bukan saya memandai-mandai)
Yang paling best dan yang saya nak kongsi ngan korang semua ni, ustaz sempat bagi tips macamana nak bagi anak2 dengar kata, cerdik & lembut hati.
Caranya, tadah air sisa wudhuk kita start dari solat maghrib, isya', subuh, zuhur dan asar keesokan harinya. Ibu yang kena buat tau, bukan ayah.. Air sisa wudhuk tu maksudnya air yang jatuh/terkena anggota wudhuk kita termasuk air masa berkumur..So air yang ditadah tadi dijadikan air mandi untuk anak/anak2..
Ustaz tu kata kesannya akan nampak selepas 21 hari..tapi kalau buat lagi kerap lagi baik. Dia kata untuk ibu2 yang bekerja, boleh start dari maghrib hari jumaat then lepas asar tu dah boleh mandikan anak dengan air tadahan tadi.
Mungkin ada yang dah pernah dengar tips ni..kita try la kan mana yang baik. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik..mendengar kata & cerdik. Insyaallah...
P/s: Saya selalu tertanya-tanya..anak aku sorang jer ker yang aktif macam ni?? Tapi bila tanya kat kawan2 rupanya anak diorang pun sama..terus legaaa hati ini ;)
p/s/s: Ustaz jugak pesan, kalau2 anak kecik kita (baby) asyik menangis sedangkan dia sihat & tkde gangguan, cuba ingat2 semula kalau2 ada nazar yang tak tertunai. Contohnya kalau2 ayah, ibu or datuk nenek dia ada bernazar klu dapat baby nak puasa ke..nak botakkan kepala ke.. Nazar yang tak tertunai jugak boleh jadi sebab kenapa baby kita asyik menangis..dia nak bagi signal bahawa kita masih 'berhutang' nazar.
Sunday, March 20, 2011
Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

Last minit berjaya gak submit entry...
Siap buat photoshoot khas kt rmh lg sbb nk joint contest ummi Nuha ni... :)
Bukan senang nk tgkap gambar ank dara sorang tu...
Memandangkan Nuha kwn baik Aimy sejak tertubuhnya blog ni...
Aimy join contest ni sebagai tanda sokongan...
Nama anak : Nur Aimy Marissa
Umur anak : 2 tahun 4 bulan
Tuesday, March 15, 2011
Aimy : 2 Tahun 4 bulan
- Dah pandai buat ayat bila berckp...
- Dah blh kira & kenal number one - twenty
- Dah kenal byk jenis colour... Red, Blue, Green, Black, White, Yellow, Purple, Orange
- Dah kenal byk jenis binatang termasuk bunyinyer sekali...
- Dah kenal byk jenis shapes - Circle, Square, Triangle, Diamond, Star, Love.
Tuesday, March 1, 2011
INFO: Mengira Waktu Subur Wanita
Sumber: Dari email
Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA
Assalamualaikum Warahmatullah.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Selamat Mencuba!
Monday, February 28, 2011
1 hari je lagi....Tp liat betul nk buat....
Ganti Puasa laa... :-) Tinggal lagi sehari je...
Last buat hr tu dlm bln 12 kot...klu x silap...
Sbb tinggal lg sehari...ingt bila2 je blh buat...
Tp penyakit malas melanda...
Sampai skrg x terbuat...
Ingt nk mkn jer... tu yg susah...
Esok dh masuk bln 3... lg 5 bulan nk puasa...
Dlm kepala dh pk nk cari baju raya sket2...
Apa2 pun nk ganti puasa yg 1 tu dulu...
InsyaAllah mgu depan... MESTI BLH BUAT... :)
Korang dah ganti???
Gambar yg tiada kaitan dgn entry...
Wednesday, February 23, 2011
Selamat Hari Lahir MakTok
Semoga Allah SWT merahmati perjalanan umurmu & sihat2 selalu...
Ibu,
jasamu tiada terbalas...
jasamu tada terbeli...
jasamu tiada akhir...
dan jasamu terlukis indah didalam syurga...
(petikan puisi ibu oleh ikbal oktaviansyah)
Tuesday, February 22, 2011
Best nya klu bangun tdo jer nmpk kolam renang besar dpn mata...
12.2.2011 Kami selagi lagi ke Ilham Resort PD...
Tahun lepas pun pergi jugak... Nak baca sila klik disini
Masa tu Aimy baru 1 tahun 5 bulan...
Skrg Aimy dah 2 tahun 3 bulan... Tempat tu masih x berubah...Aimy je dh berubah... dulu xde rambut...skrg rambut dah banyak... :)
Dulu duduk tkt Atas (x ingt tkt brp) Sgt besar, ada 4 bilik...
Skrg duduk bilik betul2 dpn pool... kecik sket dr dulu, ada 3 bilik... blh la sbb kali ni pegi x seramai dulu...
Ilham Resort ni milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) Oleh sbb kakak saya sorang staff PNB... maka dpt staff rate RM90 shj 1 mlm... klu utk org luar...agak mahal jugaklah... more info leh goggle kt website dia...
Ni saja gambar yg ada... gmbr terjun kolam xde... tgkp guna hp shj... tkut rosak kena air... x nk sejarah kemera rosak berulang...
Monday, February 21, 2011
Puding Roti Pandan
1st time buat puding roti...
Sebelum buat...siap goggle dulu...cari resepi...
Byk version rupanya puding roti ni...
Akhir sekali pilih puding roti pandan ni sbb rmh mak byk daun pandan...
Maka....Inilah rupanya...
Thursday, February 17, 2011
Bila kamera takde... tak tau nk update apa + takde mood
Wednesday, February 9, 2011
Tips: Anak kecik menangis kena usik
2. Kalo anak mengangis mlm tak henti, cuba tekan2 telapak kaki dia ngan ibu jari. Kalo anak menangis lagi kuat, maybe ada 'bende' dok nyakat. Kalo tak, mungkin kembung ke ape.
3. Satu lagi tanda ada 'bende' kaco kalo anak menangis mata terbeliak dok pandang atas.
4. Kalo terjadi spt 2&3 di atas, cuba azan & iqamat (sebaik2nya 7 kali) & baca ayat kursi & 3 Qul (7 kali)
5. Kalo tak berjaya jugak, amik bawang putih/merah, kunyah2 sket supaya berair & sapukan kat pelipat2 (area belakang lutut & siku), dahi & tulang belakang. Ni area 'bende' ni masuk/keluar badan orang. Bila sapu bawang tu 'dia' kana panas.
Lain2 tips yg boleh dikongsi:
1. Sentiasa bagi salam b4 masuk umah. Especially kalo balik mlm, selawat & baca ayat kursi b4 bukak pintu
2. Kalo balik mlm sorg2, seelok2nya jgn trus masuk bilik kalo anak2 dah tido. Kalo lom solat, solat dulu. Kalo dah, amik wudhu' b4 masuk tido.
3. Kalo gi bercuti ke hotel, b4 masuk bagi salam. Then trus selak suma curtain bagi cahaya masuk & kibas2kan katil.
Wednesday, February 2, 2011
Bila kita hanya merancang tapi ALLAH yg menentukan
So 4 hari cuti nk pegi mana lorr... Abah Aimy keje pulak... nk pegi beraya...xde pulak kwn2 cina yg betul2 rapat... dok rmh layan tv jelah nmpaknyer...
Monday, January 31, 2011
Weekend kami...
Check in: 29.01.2011
Check out: 30.01.2011

Oklah itu jer nk dicoretkan... esok cuti...yeayyy... Nak mengemas rmh...kain baju yg dah mcm gunung everest x berlipat & yg penting nk pack baju & brg2... hr rabu pagi nk bertolak blk kemaman... Dah 3 bulan x blk... Mr hubby dh hari2 mimpi nasi dagang... hehe...
Ada saper2 nk kirim kepok lekor?? :)
Friday, January 28, 2011
Thursday, January 27, 2011
Saya pun dah register heartbeat...hehehe

Apalagi kwn2...Jomlah ramai2 register...klik kt banner HEARTBEAT kt atas tu & follow arahan seterusnya...
Tuesday, January 25, 2011
Limau oh limau...
p/s: agak2 CNY thun ni ader x dpt angpau terpijak... :) Nk beli h.phone br ni... h.phone skrg dh nyawa2 ikan lorrr...






