Friday, July 20, 2012
20.07.07 - 20.07.12 - 5th Anniversary
Friday, June 8, 2012
Lamanya tak Update......
Friday, February 24, 2012
Carilah Untukmu Seorang Imam

Credit to blog: http://www.myilham.com/blog/page/2/
Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.
Friday, January 6, 2012
1st entry di tahun 2012
Xde nk cete apa sgt... nk cete pasal masuk sekolah...Aimy blum masuk sekolah lagi...sbb mama lambat daftar...sekolah dh penuh...so kena tgu 2nd intake... dlm bln 4 atau bln 5 nti... (mcm student U pulak kan...ada 2nd intake)... oklah klu masuk sekolah tgh tahun sbb dia dh besar sikit... ni br je masuk 3 thun... mcm kecik lg la pulak... sbb dia x biasa berdikari & bergaul dgn org... mak tok yg jaga...so agak manja sikit...
Ni nk update sikit cte pasal potty training...mmg tak sangka...sejak mula potty training hampir sebulan lepas...belum sekali pun Aimy kencing atas tilam... mula2 dulu pakaikan jugak diaper masa dia tido...tp bila bangun, kering je... lepas tu terus tak pakai kan lg... klu mama terjaga mlm2 pkl 3 atau 4 pagi...mama akan kejutkan Aimy bangun utk pee pee... klu tak terjaga, sampai bangun tido lah br dia buang... Klu berjalan pun x pernah pakai diaper sbb klu pakai pun dia tak kan buang dlm tu... mcm mana pun kena cari toilet jgk... Maka tahun 2012 akan jadi tahun melawat toiletlah utk aimy & mama. :)
Good Girl & mama @ Secret Recipe mlm thun baru... Thanks abah belanja mama utk birthday & tks jugak utk wonderful birthday present tu... love u :)Wednesday, December 28, 2011
Baru 3 Tahun, Tapi dah ada 6 biji kek
Jom kita tgk kek2 Aimy.
2010
Kek Sponge bob ni mama beli kt kedai kek lepas blk kerja...xde tempah2 pun...amik mana yg ada je... Mlm tu celebrate dgn family dkt KFC. Masa ni nenek dah blk kg.2011
Friday, December 23, 2011
Aimy's 3rd Birthday Party
Time: 11.00 am - 2.00 pm
Menu: KFC, Bihun goreng, Nasi impit + kuah kacang, Sosej, Nudget, Apam polca dot, puding caremal & coklat2.

Yg pakai baju & tudung biru tu, kwn mama... Wan mursyidah... satu2 nya kwn yg dpt dtg hr tu... Tks Wan sbb dtg :)Monday, December 19, 2011
Presenting 11.11.11.11 baby ( Aimy's new cousin)
Ini kakak Aimy... cucu ke - 9... dah ramai adik sepupu dah...tp manja mcmlah dia yg bongsu :) Tahun dpn leh sambut beday sama dgn kakak Aimy yer... kakak Aimy lahir 9.11 (mcm rescue 911 daaa)...

Friday, December 16, 2011
Langkawi Tour 10.11.2011 - 13.11.2011 - Part 4
Ni bilik kami, SUNSET 2... selesa jugaklah utk kami bertiga... sbb bilik luas + amik xtra bed lagi... cuma yg paling x best kt sunset beach resort ni...toilet dia xde hose pipe... sgt x sesuai utk org melayu sejati mcm kita2 ni... so not recommended! (lupa nk tgkap gmbar toilet)
Ni adalah laluan utk ke tempat breakfast. Last day kami kt cni br nmpak cahaya matahari pagi...klu tak mendung je hari ke-2 & ke-3.
Aimy hari2 breakfast air & pisang je... yang lain2 dia x mkn sgt... menu utk b.fast simple je...tukar2 setiap hari... bihun/mee/k.tiau goreng + roti + buah + telur (omellette /separuh masak)






Sebelum berangkat... Tangkap gambar Aimy sikit2 utk kenangan... Dah mcm budak besar dh tgk gmbr2 ni... Tak pandang kamera sbb sibuk tgk mama yg tgh ajar cmner nk posing...
Perhatikan 2 biji bag itu... Dua2nya kami beli kt sana. murah sajokk!! yg besar RM49... yg kecik RM35... Asalnya kami bawa 1 beg besar shj... pastu hr pertama smpai kt airport langkawi... bag tu pecah pulak...nasib x terburai semua brg... sempat la smpai ke resort... samaada berat sgt atau staff2 air asia main campak2 je beg tu masa letak kt baggage. tak tau lah... bag tu kami tinggal je kt bilik... Balik dah jd 2 beg... 1 bag baju 1 bag barang shopping...

1. Percutian yg sgt adventure setelah ada anak... sbb aimy sgt minat dgn cerita "Dora the adventure"... so kami bg dia rasa mcm dora jugak... masuk hutan, panjat gunung(guna cable car je) naik bot, masuk laut & sungai...
2. Walaupun kali ke-2 sampai ke bumi langkawi...tempat2 yg kami pergi kali ini semua tak sama mcm kali pertama. Dulu kami pergi Dataran Helang, Makam Mahsuri, Taman Ular, Beras terbakar... stay pun dkt bandar... Skrg kami pergi Cable car, Mangrove tour, Island hopping... stay dkt area pantai chenang.
itu jelah kot... habis dah cerita langkawi...Lepas ni nk buat entry beday Aimy pulak... dh perap dkt sebulan :)
Happy weekend :)





