Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 29, 2010

"Birthday Contest By Mama_Balqis"

Contest ini dianjurkan sempena Birthday Balqis Yang ke 3 tahun!

Happy Belated Birthday buat cutie Balqis. Semoga Terus membesar dgn sihat, cerdik & jd anak yg solehah serta berjaya dlm dunia modelling yg diceburi...Pd yg x tau...balqis ni dah berjinak2 dlm dunia model kanak2...mukanya pun ala2 mia sara pelakon kecik yg comel tu. Nti blh la ikut jejak kakak Mia Sara yer... :)



Para Penaja :

Kategori A

Birthday Girl @ Boy Perseorangan

Nama: Nur Aimy Marissa Bt Addrie Mohd Izam
Umur: 2 tahun 1 bulan
D.O.B: 09.11.2008




Bersungguh-sungguh Aimy cuba tiub lilin...smpai dh nk juling biji mata, dkt sgt dgn lilin tu... :)


Monday, December 27, 2010

Kisah ganti puasa & Wedding

Hari ni saya ganti puasa... klu hr ni berjaya sampai ke maghrib...maknanya tgl lg sehari je... td bukak blog kwn2...penuh dgn gmbar makanan... terutama blog eliss... ader gmbr yong tau foo...Nuha pulak tunjuk nasi ayam dia...uwaaaaaawaaaaaa.... x tahann.... :)

Smlm attend wedding kwn time study dulu, kt kepong... 1st time g wedding sorang2... mr hubby keje, Aimy pulak tglkan je kt rmh maktok... Kwn2 seangkatan...ader lak yg x dpt dtg & yg dtg lmbt... so bwk diri sorang2 jer...Sampai2, salam mak pengantin, amik makanan, tumpang meja mkn dgn family yg bwk 2 org anak kembar sepasang lelaki perempuan...comel, sebaya Aimy... masa smpai pengantin tgh mkn beradap... lepas tu potong kek & bergambar dgn family... Tgk pengantin dr jauh jer...segan nk gi dkt... tgk pngantin sibuk je... abis mkn, tgu jap 5 minit...pastu terus blk...hehe...rsnya dlm 20 minit je dok kt ctu... wedding terpantas yg sy penah attend selain wedding jiran sebelah2 rmh... korang penah ke g wedding sorang2?...



Gambar hiasan. Bilalah leh muat nk sarung blk kebaya ni :)

Thursday, December 23, 2010

11 things that need to be remembered

1. Answer the phone by LEFT ear

2. Do not drink coffee TWICE a day

3. Do not take pills with COOL water

4. Do not have HUGE meals after 5pm

5. Reduce the amount the OILY food you consume

6. Drink more WATER in the morning, less at night

7. Keep your distance from handphone CHARGES

8. Do not use headphones/earphone for LONG period of time

9. Best SLEEPING time is form 10pm at night to 6am in the morning

10. Do not LIE DOWN immediately after taking medicine before sleeping

11. When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the riadiation is 1000 times

Contest Si Manjaku Comel

Lamanyer x join contest... contest ni tlh di tag oleh Si comel Nuha...

Contest Si Manjaku Comel

Tarikh tutup : 25.12.2010 @ 2.30 pm



Nur Aimy Marissa Bt Addrie Mohd Izam

tag 5 org rakan : Alamak ramai nyer... sorang je blh x?
Nak tag, Emma aka Mama Uzma & Qashrina

Tuesday, December 21, 2010

Azam mendidik anak

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_03.htm

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."


KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.




Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.


"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."


Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

Monday, December 20, 2010

Giveway: Cari perbezaan gambar A & B

Contest ini dianjurkan oleh saya sendiri... Caranyer mudah saja...cuma cari 10 perbezaan di diantara dua2 gambar A & B dibwh & tulis perbezaan tersebut di ruangan komen di entry ini... Hadiahnya ialahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........


A................................. B

1 bulan .........................2 tahun 1 bulan




Hehe... Acah jerrr.... sejak bilalah saya pandai buat contest2 ni... Nak update blog pun 'bercinta' ...inikan pulak nk buat contest...manalah ader masa.... sekadar gurau2 je yekk...jgn marahhhh...


Sekadar update latest pics budak yg suka sgt bila org panggil dia baby...






x kisah la kan... mmg "She'll always be my baby"...

Monday, December 13, 2010

Apa untungnya bila suami isteri bekerja di bwh company yg sama?

Nk tau x?....untungnya ialahhhh....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Peluang utk memenangi lucky draw pd mlm dinner adalah cerahhh....hehe..



Ni Mr Hubby punya
Gift Voucher
Complimentary 2 Days 1 Night in
One Bedroom Standard, Deluxe Floor, PNB Darby Park
(sekangkang kucing je dr ofis...hehe)



2 frame ni saya punya... walaupun x dpt grand prize...oklah dr xde...x blk dgn tgn kosong.... Alhamdulillah


Muka tuan punya blog yg dh sama bulat mcm belon tu... hahaha...

itu sajer yerr.... keuntungan lain nti2lah smbung.... :)

Tuesday, November 30, 2010

Rancangan TV kegemaran Aimy

Hi kwn2...lama Aimy x bersiaran kan...
Aimy bz sket la lately ni...
Utk ubat rindu kwn2 semua...
Hari ni Aimy bersiaran...

Emmm...nk cte aper yek??...
Oklah... Aimy nk kongsi sket dgn kwn2 semua ttg rancangan tv kegemaran Aimy...

1. Barney & Friends - Cte ni msti semua tau kan... Aimy mula betul2 tgk cte ni masa umur 6 bln kot... mama yg excited sgt suruh Aimy tgk cte ni... masa aimy br 2 bln dia dh start beli cd ni... hari2 Aimy tgk...sampai Aimy dh blh hafal semua lagu & cte2 tu... bestttt....


2. Hi-5 - kwn2 penah tgk x? best tau... byk blh belajar dlm cte ni...tp yg paling best ader nyanyi2 & joget2... Aimy slu ikut dorang nyanyi n joget...klu kwn2 nk tgk...bukak NTV7 setiap hari pukul 7.30pagi... ataupun klu x blh bgun awal pagi..suruhlah ibubapa kwn2 beli DVD tape... setakat ni Aimy dh ader 3 tape...


Masa tgh goggle cari gmbr...jumpa pulak gmbr ni...baru Aimy tau Geng Hi-5 ni penah dtg Msia... tp ni thun lepas...ms tu Aimy kecik lg...klu ader lg lepas ni msti Aimy ajak mama & abah gi tgk.


3. Wonderpets - Cte ni pun Aimy suka sgt...tp selalunyer terlepas tgk...sbb... pkl 2.30 ptg Aimy slu tertdo... kdg2 je dpt tgk... kwn2 tau x kt mana ader jual DVD tape wonderpets?


Selain Top 3 kt atas tu... Aimy suka jugak tgk: Diego, Dora, Gabba2, Upin ipin & Spongebob... Mama ckp lepas ni Aimy kena tgk byk cte2 yg berunsur pelajaran pulak... mcm belajar mengaji, membaca & menulis...mama tgh cari DVD tape... kwn2 blh tlg rekemenkan x mana2 yg bagus?...


Sekian, itu jelah yg dpt Aimy coretkan....sampai jumpa lg...babai... :)

Monday, November 22, 2010

Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Aimy yg ke - 2

Alhamdulillah.. majlis dah selesai...
Walaupun hanya walk in...
dpt jugak pot baik utk buat bday party kecil-kecilan utk Aimy...

Jom layan gambar...


Kek sponge bob - x tempah pun... beli masa blk keje...rembat ajer apa yg ader...harga RM30



Beday girl dlm usaha utk tiup lilin

Tak berjaya...akhirnya bantuan mama diperlukan

Potong kek

Yummy2 in my tummy


Makan time











Cute Bday girl with cute cousins

Aimy ckp "bob cah" (spongebob pecah)



snap snap dulu b4 blk

My sweetie pie...
Besar sudahhh....
Akai makin bertambah...
Kesabaran mama pun perlu bertambah :)





Date: 18.11.2010
vanue: KFC Wangsa Maju
Time: 8.30 pm

T.Kasih dari Aimy utk:

1. Abah selaku penaja majlis
2. Pak.Ngah selaku photographer
& last but not least
tks utk semua selaku tetamu yg dtg memeriahkan majlis.

InsyaAllah tahun depan klu ader rezeki lebih blh buat party besar sket jemput kwn2 semua.