Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, May 20, 2011

Aimy's 1st Art with water colour

1st time cuba bagi Aimy bermain dgn water colour ni... Aktiviti yg menyeronokkan juga jika dilayan sekali sekala...tp klu selalu sgt, leceh jugak nak oiii...habis comot... kena tgu je kt ctu sambil teman dia... klu tak habis kemana2 pulak dia conteng....

K jom layan seni 'keras tgn' kami... :)


Future Artist in the making

Cantik x? Hanya org yg berjiwa seni shj dpt menilai maksud disebalik lukisan ini...hahaha...

Yg ni 20 tahun akan dtg mesti menjadi sentimental value di jiwa kami bertiga... masa tu aimy dah berumur 23 tahun. :)

Yg ni pelukisnya di rahsiakan... :)


Dah tampal kt dinding bilik


Sekian, happy weekend :)

Wednesday, May 11, 2011

INFO: 16 Fakta menakjubkan bayi baru lahir

· Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

· Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

· Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

· Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

· Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

· Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

· Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

· Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

· Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

· Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

· Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

· Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

· Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

· Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

· Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

· Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



Aimy - Day 1

Skrg klu tunjuk gambar dia masa baby... x penah dia mengaku tu dia... dia ckp " bukan Aimy tu baby" :)

Thursday, May 5, 2011

Seiring & Sejalan.

Letak tajuk mcm lagu Sharifah Aini & Broery Marantika jer... :)

Lama tul x update blog... Alasan??? MALASSS.... :)


Godek2 gambar dlm pc... jumpa gmbar ni... Gambar sebulan lepas... Masa pegi Jusco Setiawangsa... Macam sweet jer tgk 2 org sepupu tu berjalan bergandingan tangan...


Aimy & Syifa...

Syifa ni tua sebulan lebih dari Aimy... tp since umur 2 tahun 4 bulan mak dia dh ajar diaper free...now cuma pakai mlm utk tdo & jln2 jer... nk 'poo poo' pun dah pandai bgtau... g toilet duduk mcm org besar... Aimy bilalah nk start ajar diaper free... nk mulakan tu letih la sikit...asyik kena lap lantai jelah kan... sian pulak maktok nti... tgu dkt2 3 tahun lah...