Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 28, 2011

Gambar 1 Syawal di Penutup Syawal :)

Hari ni dah 30 Syawal...bermakna hari terakhir kita berhari raya... (ader lg ke yg buat opn hse hujung mgu ni... :)

Hari ni nk mengambil kesempatan sementara masih dibulan Syawal utk post saki baki gambar raya utk kenangan di kemudian hari... :)

Gambar tak byk...sbb abah Aimy bekerja di pagi 1 syawal... itupun mintak masuk lambat sikit lepas solat raya... Dapatlah bersalaman & bergambar sekejap pagi tu...

Utk tahun ni kami memilih tema kaler hijau... cuma hijau Aimy agak lari sikit dari kami punya... sbb dh malas nk cari...rembat je apa yg ada... ekceli ni baju kurung yg ke-2 kami beli...yg 1st beli kt Plaza GM Klang...shopping itu ini... balik rmh cari plastik beg baju kurung Aimy dh xde... mungkin tercicir mana2... huhu... Nasib baju yg hilang...klu anak hilang lagilah naya....

Aimy pakai baju kurung sekejap jer...lepas abah pegi keja... photoshoot gedik2 sikit dgn mama... dlm 15 minit lepas tu dh tukar baju biasa kt rmh... Dlm rmh panas...kesian pulak nk berbaju kurung bagai... lgpun xde org dtg rmh pun raya kt kl ni... Dah ptg sikit barulah ada kwn adik yg dtg... Mama pun lepas zohur jer terus tukar baju biasa gak...





Raya ke-2 kami dh ada di Trgu... bertolak pukul 11.30mlm raya pertama tu... Beraya sakan kemaman-Dungun-K.Terengganu. Raya kelima blk kl... nasib x jem sgt...



Ni gambar raya di Trgu... tgk muka2 sepupu2 aimy kt sana... mcm muka aimy kan...

Itu jelah cte raya kami thun ni... Pegi beraya + opn hse kt kl x ambik gambar pun... nmpk makanan jer terus serbu... perut lapar sgt sbb kesesakan jln raya dimusim perayaan ni...

ok itu jelah...jumpa lg di cerita raya thun dpn pulak... InsyaAllah... :)

Monday, September 12, 2011

Raya 2011

Tgk gambar si anak je dulu yer...
Gambar mak pak dia xde org nk tgk kot...hehehh...




Pose dr Aimy di pagi 1 Syawal @ Gombak

Tuesday, September 6, 2011

INFO: Puasa 6

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.



Gambar sekadar hiasan: Ketupat palas mak saya di pagi 1 syawal .. Terbaekk punya :)

Disebabkan tahun ni saya dpt berpuasa penuh... maka dgn ini sy merajinkan diri utk brpuasa 6... Baru start buat hari ni... Mungkin mgu ni 3 hr... mgu dpn 3 hari... pastu leh raya blk... InsyaAllah...

Tgk MHI smlm... Wardina interview seorang ustaz ( x ingt nama - tp slu ada dlm rancangan tanyalah ustaz) Ustaz tu ckp bg org perempuan yg nk buat puasa 6 & puasa ganti... dulukan puasa 6 dahulu... sbb puasa 6 hanya 1 bulan dibulan syawal... then barulah buat puasa ganti... puasa ganti bila2 pun xpe... setahun sebelum masuk bulan ramadhan tahun dpn. TAPIII bagi sesiapa yg meninggalkan puasa secara sengaja, maka tidak layak baginya utk bepuasa 6, hukumnya adalah Haram.


p/s: dulu2 penah niat puasa ganti dgn puasa 6 sekali... pastu tahun bila ntah ada dlm paper ckp x boleh buat 2 dlm 1. Terus x buat lg... Byk perbezaan pendapat rasanya. Wallahualam.



Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal :)