Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI...1432hijrah



Kepada pembaca blog permata hati, Aimy sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon Maaf Zahir & Batin.. Semoga bergembira di hari mulia ini dan berhati2 ketika di jalan raya..




Thursday, August 18, 2011

Kuih raya peberet sejak azali... :)

1. Kuih Tart - Pantang nampak kt rmh org, Klu kenyang mcm mana pun... mesti nak rs gak at least 1 ker...


Pic credit to: http://anymz-mykitchen.blogspot.com/2011/08/tat-nenas-gebu.html


2. Kuih Dam - tak penah jumpa yg lebih sedap dr resepi turun temurun keluarga mak saya... Tahun lepas beraya di kedah dpt la rs kuih dam ni kt rmh mak lang... mmg habis 1 balang dikerjakan... puas hati mcm org mengidam dpt melepaskan hajatnya... :) tahun ni nk cari mana pulak...buat sendri??? huhu... sape nk tlg buat angkat tgn...sy bg resepi :)

Oh yer, semoga mak lang cpt sembuh dr penyakit kencing manis... Amin.



pic credit to: http://citarasawan.blogspot.com/2010/06/biskut-dam-step-by-step_13.html


3. Kuih samperit/Dahlia - Sama mcm kuih tart, pantang nmpk kt rmh org... msti nk rs... klu sedap mkn sambil pegang balang... klu x sedap 1 dah cukup :)



Pic credit to : http://emunnn.blogspot.com/2010/09/biskut-semprit.html



Rasa2nya itu je kot... Kuih2 moden skrg x brp minat... blh la mkn...cuma feel tu kureng sket mcm mkn 3 kuih diatas...


U all pulak apa kuih raya paling peberet???


p/s: Pada sesiapa yg ada tiga2 jenis kuih di atas ada berani ke nk jemput sy dtg ke rumah... :)


Thursday, August 11, 2011

INFO: Petua Puasa

Assalamualaikum semua... Selamat Berpuasa... (dah 11 hari pose br nk wish...heheh)

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA


Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di masa kita bekerja, Amalkan petua berikut, InsyaAllah kurang lapar dan dahaga .


Mesti sahur.

Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam

Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul, baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal, baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji Sebelum makan, bacakan selawat 1 kali dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi
sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.


Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.


Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam


SUMBER: E-mail.