Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 30, 2009

Pneumococol & Rotavirus

28/3/09 aku bwk aimy pegi Hospital Damai Tmn Melawati utk buat 1st jab Pneumococol & Rotavirus. For parents yg x tau aper tu Pneumococol & Rotavirus... Di cni aku sertakan sket fungsinyer..

Pneumokokus

Penyakit pneumokokus ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang dinamakan Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. Ianya merupakan jangkitan serius yang melibatkan kanak-kanak, lebih-lebih lagi mereka yang berusia dua tahun ke bawah. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit meningitis (radang selaput otak atau urat saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru-paru), bakteremia (jangkitan darah) dan otitis media (jangkitan telinga tengah, sebahagian dalam gegendang telinga).

Virus ini mungkin tidak termasuk di dalam program imunisasi kanak-kanak tetapi mengambil vaksinnya adalah satu langkah pencegahan yang selamat. Ia merupakan satu pilihan untuk ibu bapa kerana keadaan dan persekitaran pada hari ini antara faktor kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit.

Rotavirus

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan pada usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti dan disebarkan melalui sentuhan.

Hal ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas masuk ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku daripada seorang kanak kepada kanak-kanak lain di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia juga boleh merebak melalui orang dewasa yang sudah berjangkit atau yang menguruskan bayi yang sudah dijangkiti...

More rotavirus infor sila layari http://kesihatananak4xmpsp.blogspot.com/

P/S: Rotavirus ni bukan injection, ia cuma ubat yg dimasukkan ke dlm mulut baby.


Aimy nangis kuat masa kena inject... doc ckp pneumococol injection paling sakit utk baby...
siannyer anak mama..mama x sanggup nk tgk...
Abah cuba tenagkan Aimy dgn mainan ni...

Dah settle...jgn nangis lg yer syg...

masa nurse masukkan ubat rotavirus, mama x sempat amik gmbar... masa tu doc tgh nk explain somethings...

Alhamdulillah syukur...Aimy x demam lepas injection tu...

Prevention Is Better Than Cure

4 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

nuha tak penah amik ni :(

MamaAimy said...

Xpe..blh lg klu nk amik... survey dulu mana klinik/hospital yg ader injection ni... x semua klinik ader..
ramai parents yg x amik sbb injection ni mahal..

Cik Aimi Husna said...

auntie..bpe inggit eh kena nak amik dua2 tu?aimi xamik lg

MamaAimy said...

hi aimi!!

klu ikut harga Hospital Damai

Pneumococol RM320 upah doctor RM40 =RM360.00

Rotavirus auntie x sure brp harga hospital damai charge

tapi auntie amik harga doctor yg cucuk aimy hari tu, sbb dia ader klinik sndri, so dia charge = RM280 utk pnemococol + RM120 utk rotavirus

total semua kena RM400.00

ni x termasuk harga ubat demam & ubat sapu kt tmpat cucuk tu...
harga ubat RM62.00

Lain hospital lain harga, aimi suruh mama aimi survey dulu yer..