Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 24, 2011

Tips: Anak2 mendengar kata, cerdik & lembut hati

Sumber: Dari Email

Sekadar kongsi dgn pembaca dr email yg saya dpt...

Keberkesanannya tidak dpt dipastikan lg...sbb belum cuba buat...
InsyaAllah benda baik elok diamalkan...



Semalam, sabtu..saya anak beranak temankan adik saya bawak anak dia gi Darussyifa'.

Anak dia asyik menangis siang malam tak tau sebab apa..nak kata sakit perut tak jugak, lapar..tak jugak. Tapi kalau tak silap saya dia pernah cakap yang anak dia tu terkena gangguan di rumah sewa diorang..(ni ustaz yang cakap..tapi bukan ustaz Darussyifa')
Kita ni biar ada usaha, lepas tu tawakkal..berserah padaNya. Hanya DIA yang tahu kenapa baby adik saya tu macam tu kan.

Kebetulan dah pegi sekali, saya & hubby pun amik kesempatan la minta ustaz kat situ tengok2kan hannan & nuha. Tapi ustaz kata nakal2 biasa jer..budak aktif tu tandanya dia sihat & cerdik (ni ustaz yang cakap ok..bukan saya memandai-mandai)

Yang paling best dan yang saya nak kongsi ngan korang semua ni, ustaz sempat bagi tips macamana nak bagi anak2 dengar kata, cerdik & lembut hati.

Caranya, tadah air sisa wudhuk kita start dari solat maghrib, isya', subuh, zuhur dan asar keesokan harinya. Ibu yang kena buat tau, bukan ayah.. Air sisa wudhuk tu maksudnya air yang jatuh/terkena anggota wudhuk kita termasuk air masa berkumur..So air yang ditadah tadi dijadikan air mandi untuk anak/anak2..

Ustaz tu kata kesannya akan nampak selepas 21 hari..tapi kalau buat lagi kerap lagi baik. Dia kata untuk ibu2 yang bekerja, boleh start dari maghrib hari jumaat then lepas asar tu dah boleh mandikan anak dengan air tadahan tadi.

Mungkin ada yang dah pernah dengar tips ni..kita try la kan mana yang baik. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik..mendengar kata & cerdik. Insyaallah...

P/s: Saya selalu tertanya-tanya..anak aku sorang jer ker yang aktif macam ni?? Tapi bila tanya kat kawan2 rupanya anak diorang pun sama..terus legaaa hati ini ;)

p/s/s: Ustaz jugak pesan, kalau2 anak kecik kita (baby) asyik menangis sedangkan dia sihat & tkde gangguan, cuba ingat2 semula kalau2 ada nazar yang tak tertunai. Contohnya kalau2 ayah, ibu or datuk nenek dia ada bernazar klu dapat baby nak puasa ke..nak botakkan kepala ke.. Nazar yang tak tertunai jugak boleh jadi sebab kenapa baby kita asyik menangis..dia nak bagi signal bahawa kita masih 'berhutang' nazar.

5 comments:

eim said...

tq for sharing ..sangat2 berguna nnt nk try gaklah ..

RiEda96 said...

thanks bagi info yang sangat berguna.. saya nak cuba nanti..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

hannan ngan nuha tu mcm nama anak blogger kwn me ajer :)
moga tips ni membantu..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

betullah..entry tu ada kat belog dia..

http://mrsharis.blogspot.com/2011/03/petua.html

tq for sharing..

MamaAimy said...

iem & rieda: mmg klu dpt tips pasal anak2 sy akan post dlm ni... blh la sma2 mencuba.

eliss: o ye ke... sy dpt dr email... x tau siapa penulis sebenar... ni dh tau leh la letak credit kt tuan punya blog tu... :)