Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 7, 2011

Langkawi Tour 10.11.2011 - 13.11.2011 - Part 3

Sambung sikit lagi kisah hari ke 3 di Langkawi.

Pkl 4.30ptg gerak dari resort dgn van yg dah setia menunggu. Lebih kurang 5 - 8 minit je rupanya nk sampai ke jeti island hopping tu... Disebabkan kesuntukan masa, kami hanya akan berhenti di 2 buah perhentian sahaja.


Inilah jeti nya

Pemandangan sekitar


Cuba tgk betul2 gunung tu... nampak mcm perempuan mengandung kan!!...
itulah gunung dayang bunting

close up sikit

Sekejap je dah sampai ke perhentian pertama iaitu Tasik Dayang Bunting... Tp ni br pelabuhan je...blm sampai ke tasik tu lg... nk smpai ke tasik tu kita kena jungle tracking lebih kurang 15-20 minit ke dalam yer kawan2...

Kena berhati2 di sepanjang perjalanan nk ke dalam tu...sbb ada penyambut tetamu yg setia menanti untuk merampas beg & segala bagai makanan yg dibawa... plastik2 makanan semua kena sorok...

Yerr...inilah penyambut tetamu td...

Perjalanan diteruskan...

Akhirnya sampai jugak... huhh!! letih x hengat...

Baca dulu sejarah terjadinya tasik ni

Tasik ni blh tahan jugak dalamnya... menurut kepercayaan lama, klu perempuan yg nk dptkan anak, kena mandi dalam tasik ni & buatlah permintaan. Tapi zaman skrg kita dh x percaya benda2 tahyul ni...


Dalam 1 jam dkt tasik ni...kitaorg batah blk ke jeti utk ke hentian lain pulak

Patah balik ok sikit sbb byk menuruni anak tangga... tp bergetar2 gaklah lutut ni...


Pulau ni ialah hentian ke-2 kami...terlupa pulak nk tanya nama pulau ni... pasirnya sangat halus... Aimy seronok betul main pasir & berlari2 kt tepi pantai tu...


Kt pulau ni dlm 45 minit je rasanya... lepas tu naik bot & patah balik ke jeti mula2 td... Sampai kt jeti tu beli gambar muka sndri yg dh ditampal dkt piring plastik sebagai kenangan. Sampai bilik dah pkl 7 mlm.


Malam tu kami keluar ke shopping lg kt Haji Ismail Group & sekitarnya... ada pasar mlm kt area ctu, so dinner mlm tu adalah adalah nasi lemak di gerai2 pasar malam tu jer... sedap jugak...


Habis cerita hari ke 3. macam biasalah, ada sikit lg sisa2 cerita langkawi kita sambung di hari & waktu yg belum dapat ditentukan lg :)

Baiii....

No comments: