Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 12, 2009

INFO: Cara atasi masalah tercekik

JIKA diteliti, kehidupan bayi dan kanak-kanak juga ada banyak cabaran. Mereka terdedah kepada banyak keadaan berbahaya dan kadangkala kemalangan kecil boleh memberikan komplikasi sehingga meragut nyawa.

Contohnya seperti berlaku kepada adik Muhammad Hazim Iqwan Haszreiman, enam bulan, yang meninggal dunia akibat lemas tertindih bantal ketika tidur, dan Samiun Ahmad, 8, dari Jitra, yang pergi selama-lamanya selepas sesak nafas apabila tercekik ikan puyu.

Kes kanak-kanak tercekik sebenarnya bukan perkara asing. Malah, boleh dikatakan semua ibu bapa pernah mengalami masalah anak tercekik kerana lumrah bayi memang suka memasukkan apa saja barang yang dipegangnya ke dalam mulut.

Kebanyakan kemalangan di rumah boleh dielakkan, tetapi adakalanya kita tetap terlepas pandang sesetengah perkara.

Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu belajar sedikit sebanyak teknik pertolongan kecemasan supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Pun begitu, bukan bayi saja yang mengalami masalah tercekik kerana ia turut dihadapi orang dewasa.

Sebagai persediaan, langkah di bawah diharap dapat dijadikan panduan.


A. Bayi (Umur kurang daripada setahun)


Tanda-tanda tercekik:


  • Bayi sukar bernafas.
  • Muka dan leher menjadi merah.
  • Bayi mengeluarkan bunyi aneh atau menjadi senyap.

    Bantuan kecemasan:


    1. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan
    cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.

    2. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.

    3. Tepuk badan bayi
    lima kali (bawah sedikit daripada bahu).

    4. Terlentangkan bayi. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.

    5. Jika dia masih lemas, letakkan dua jari di
    bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).

    6. Periksa mulut bayi dan ulang langkah 5 jika bayi masih tidak sedar. Segera hubungi ambulans jika keadaan tidak berubah.


    B. Kanak-kanak (antara satu hingga tujuh tahun)


    Tanda tercekik:
  • Sesak nafas.
  • Susah bercakap.
  • Batuk.
  • Tidak boleh bernafas, bercakap dan batuk teruk (jika tercekik sepenuhnya).

    Bantuan kecemasan:


    1. Tundukkan badan kanak-kanak ke depan. Suruh anak anda batuk.

    2. Tepuk
    lima kali di belakang anak (di belakang dada). Periksa mulutnya.

    3. Jika objek masih tidak keluar, berdiri di belakang anak. Letakkan tangan kanan di dada anak dan pegang pergelangan tangan kanan tadi dengan tangan kiri.

    4. Tarik
    bahagian dada anak ke atas sebanyak lima kali. Jika dia masih lemas, teruskan langkah 5.

    5. Berdiri belakang anak dan alihkan tangan anda ke perutnya pula. Tarik tangan anda ke atas
    supaya perutnya tertekan sedikit. Ulang lima kali. Periksa mulutnya. Jika anak masih lemas, hubungi ambulans.


    C. Orang dewasa


    Bantuan kecemasan:


    1. Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.

    2. Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya
    lima kali.

    3. Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa. Letakkan tangan anda di
    bahagian ulu hati mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang lima kali.

    Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan. Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans.

3 comments:

Queens said...

ko updaet copy paste malas baca

lalalaaa

MamaAimy said...

haha...rugi x baca...info penting tu...

next week aku update cte aimy yerr....

letih arr lately ni...no mood...no idea...no money...haha..

HaniFadil said...

Salam,
Good Info. Saya copy and paste beberapa point di blog saya ya.