Aimy Membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 11, 2009

INFO: Mandi Wiladah

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...

Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.

Para bapa lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take forgranted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga
mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni,sebaik sahaja kepala bayi keluar)
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja,tak perlu spesifik.

Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk angin la, sejukla...saya terfikir balik,takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari.Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah ini-bini anda dan adik-adik pompuan.Dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain...

InsyaAllah


p/s: Semua diatas saya copy dari email. U all semua cmner? mandi wiladah x pas bersalin hari tu?... Saya mandi hari ke-2 pas bersalin...mandi air suam... blk rmh baru buat...kt spital x mandi pun...nak kena air pun takut masa tu...

3 comments:

tulip said...

mamaAimy,
good info. wajib ke sunat eh..
saya jadi takut pulak kalau wajib. sebab seingat saya, saya mandi biasa2 je lepas bersalin. tak niat pun mandi wiladah. saya baca buku2 tentang mengandung tak disebut pulak tentang mandi Wiladah.

mandi nifas tu memang buat. sebab dah tau wajib.

aduihh.. takut la pulak. next pregnant kena ingat nih.

MamaAimy said...

Mama Nabil,

Mandi Wiladah ni WAJIB...sbb...

(Copy blk ayat) " sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci"...

hari tu, x tau xpelah...next if bersalin lg blh lah buat...

saya dpt info ni b4 bersalin dulu...so sempatlah buat...

nak more info, blh searh dlm internet or buku2 feqah...

http://www.geocities.com/ibudanbayi/petua_hamil.htm

izzahazfar said...

yup zah mandi...
ibu zah yang suruh..hari ke 3 selepas kuar hospital.. 2 hari kat hospital zah tak pegang air..lap2 je..